BILA PEKERJA BOLEH TINGGALKAN MAJIKANNYA YANG BAIK?

B

~Majikan yang baik~
Majikan yang baik adalah majikan yang membayar gaji dengan baik, mengikut segala aturan dan perjanjian di dalam offer letter atau kontrak diantara majikan dengan pekerja.

Majikan yang baik juga majikan yang sentiasa terbuka untuk berbincang dengan para pekerjanya dalam hal ehwal kerja, juga masalah peribadi. Selain itu, menyediakan tempat dan fasiliti asas untuk bekerja yang baik.

Tidak menghalang amalan agama individu seperti berniqab, pakai kopiah dan bersolat. Majikan yang baik juga adalah majikan yang memikirkan career path & development pekerja-pekerjanya.

~Apa itu pekerja dan maksud bekerja?~
Pekerja ialah seseorang individu yang telah bersetuju dengan majikannya untuk menjual masa, diri dan skillnya menurut perjanjian yang dimeterai. Sentiasa berdisiplin, beretika dan sentiasa meletakkan kepentingan majikan dan kerjanya menjadi keutamaan ketika bekerja.

Bekerja adalah mencurahkan sepenuh masa, jiwa, tenaga, keringat, skill dan akal untuk majikannya sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian yang telah dipersetujui.

Menyiapkan segala arahan dan kerjanya mengikut expectation yang majikan atau superior/manager dia arahkan.

—-

Pengalaman aku menguruskan para pekerja menjadikan aku sangat peka dengan kehendak mereka. Aku telah buat interview, layan karenah dan mendengar segala sembang orang yang minta kerja ni mungkin lebih 1000 orang.

Aku pernah buang orang, pecat, dan arahkan berhenti. Aku juga ada menyaman pekerja, buat laporan polis, ada yang cbt, ada yang kena penjara. Aku juga telah handle masalah-masalah pekerja termasuk masalah personal dan rumah tangga diorang.

Ada juga pekerja yang aku ambil dengan “wahyu” aku. Kawan-kawan, kenalan, sedara mara kawan-kawan, dan kawan atas kawan. Ada juga yang aku ambil sebab kasihan dan nak tolong dan aku expect career development yang dia cari dan akan balas jasa aku.

Dalam hampir 5 tahun aku berniaga dan menguruskan para pekerja, tidak lebih daripada 10 orang yang aku boleh panggil pekerja cemerlang. Nanti aku akan cerita bagaimana pekerja cemerlang itu.

Yang ramai ialah mereka yang selfish, tak kenang budi, tidak perform mana pun, jadi virus dan kanser di tempat kerja. Macam kata Hamka, hidup sekadar hidup, kerja sekadar kerja, korang sambung sendirilah.

—-

Yang paling penting, aku juga pernah bekerja dan menjadi pekerja. Jadi kuli, jadi macai, makan gaji, pernah kena marah, kena sound, daripada zero, daripada bangang.

Aku pernah kerja dari sekolah rendah, jadi buruh kanak-kanak, cucuk sate, jual sate, jual burger, jual sayur. Lepas SPM kerja kilang, kerja di Port Klang, masa cuti belajar, sebelum habis belajar dengan kelulusan, dan selepas habis belajar dengan kelulusan.

Di Malaysia, di Australia, Abu Dhabi dan UK adalah tempat yang aku pernah cari makan. Di luar negara, aku datang sebagai pendatang, orang luar, yang mahu cari makan. Ditindas, dipijak dan dibuli itu perkara biasa. Aku sedikit pun tak pernah down, merajuk dan fikir nak berhenti. Tekad aku mudah, aku akan buktikan yang aku ada value. Bila aku nak berhenti, boss-boss payah nak lepas.

—-

Bila majikan itu baik, sebenarnya pekerja yang baik boleh grow sekali. Career development pasti ada. InsyaAllah ada masa depan yang cerah bersama majikan yang baik. Yang penting diri sendiri kena jadi pekerja yang baik.

Tapi, kadang-kadang ada keadaan yang mana pekerja boleh meninggalkan majikan yang baik. Bila tu?

Bila kita dapat offer yang lebih baik, yang majikan tak boleh nak counter offer. Dah bincang dan majikan bagi blessing. Lagi satu adalah kau dah pilih, decide untuk menjadi usahawan. Bincang dengan boss kau adalah penting.

Aku dulu berhenti dengan blessing boss kesayangan aku. Dia support business aku sampai aku boleh berdiri sendiri. Kenapa? Sebab aku pekerja cemerlang yang disayangi. Aku percaya resepi aku bekerja kalau dipakai dekat mana pun, insyaAllah akan berjaya.

Bila aku jadi majikan, aku cerita pengalaman aku. Aku nak pekerja-pekerja aku buat supaya diorang akan ada harga yang tinggi. Aku juga buat perkara-perkara yang aku harapkan ada masa aku bekerja dan aku dah laksanakan.

Sampai hari ini boss lama aku dah jadi kawan aku. Kalau aku balik Australia, aku mesti singgah ke pejabat lama aku, jumpa kawan-kawan yang masih ada. Kenapa? Aku tinggalkan mereka dengan nama yang baik. Dengan blessing boss-boss aku ketika itu. Anytime kalau aku nak kerja balik, sangat dialu-alukan, cuma gajilah akan jadi isu!

Itu sebab reference daripada bekas majikan sangat penting! Kartel majikan kena bekerjasama melahirkan pekerja yang cemerlang dan merekomen pekerja yang baik. Begitu juga sebaliknya jika pekerja bermasalah. Jangan biarkan rakan kartel majikan terambil sampah yang majikan lain dah buang.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.