BELA KUDA BUKAN SUNNAH!

B

Ada yang bertanya aku tentang hal membela kuda ini. Aku faham ada yang cuba menjustifiksikan hobi dan minat mereka dengan sunnah. Tetapi dakwaan tersebut tidaklah benar dan tepat.

1. Tiada satu hadis yang sahih Nabi menganjurkan kita membela kuda.
2. Tiada satu hadis yang sahih Nabi menyebutkan kelebihan memelihara kuda.
3. Yang ada hanyalah anjuran belajar menunggang kuda, memanah dan berenang.
4. Nabi memiliki kuda kerana itulah kenderaan yang digunakan semua orang pada zaman itu.
5. Maka anjuran Nabi punya konteks yang jelas iaitu bersenam, bersedia dan menjadi sihat.
6. Belalah apa-apa haiwan yang dibenarkan, ia dibenarkan. Tetapi mengkhususkan bela haiwan tertentu sebagai sunnah perlukan kepada dalil yang khusus.
7. Nabi juga menunggang dan memiliki unta dan keldai selain kuda. Adakah membela unta dan keldai juga sunnah?
8. Nabi bela dan tunggang kuda, unta dan keldai sebagai kenderaan. Konteks hari ini adalah kenderaan.
9. Kita baca doa naik kenderaan, bukan naik unta, kuda atau keldai.

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.