Kenangan Pengajian Usul Fiqh

K

Seusai menamatkan pembacaan kitab Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh karya Dr. Abdul Karim Zaidan di sebuah masjid di Manchester, UK.

Seorang pemuda berbangsa Arab bertanya kepada syaikh.

“Wahai syaikh yang mulia, saya telah mengikuti pengajian ini dari awal hingga akhir, adakah selepas ini saya layak untuk menilai pandangan-pandangan khilaf?”

Syaikh itu menjawab,

“Anakku, walaupun kamu orang Arab, boleh berbahasa Arab, aku nasihatkan kamu untuk menguasai bahasa Arab dahulu sebelum kamu mahu bercakap tentang fiqh. Tetaplah kamu pada mazhab kamu.”

*Peristiwa sekitar tahun 2012 tak silap. Nama masjid tak ingat. Gua yang sudah bertaubat kembali kepada mazhab hanya tersenyum melihat keghairahan soalan anak muda itu.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.