Kisah Penjual Agama

K

Maulana : Untuk bercakap tentang agama, mengeluarkan pandangan dan fatwa, wajib menguasasi Bahasa Arab. Supaya kefahaman dia tak lari dari kefahaman agama yang sebenar.

Aziz Si Penjual Agama : Oh, kalau tak pandai Bahasa Arab, saya tak boleh menyampaikan agama? Tak boleh berdakwah?

Maulana : Cuba bezakan mengeluarkan pandangan halal haram yang khilaf dengan berdakwah mengajak orang solat, ada beza tu. Dakwah itu kerja semua kaum muslimin, pandangan halal haram adalah kerja mereka yang ahli.

Aziz Si Penjual Agama : Saya sampaikan apa yang ulama’ sampaikan.

Maulana : Sejauh mana awak faham fatwa dan pandangan dia? Cara istidlal dan istinbat hukum dia? Kitab-kitab rujukan dia? Jika awak tidak menguasai Bahasa Arab? Bagaimana mungkin awak akan faham.

Aziz Si Penjual Agama : Saya nak lawan scammer. Ustaz sokong scammer??!!

Maulana : Yang awak takda ijazah syariah atau usuluddin, takda ijazah dari para ulama’, Bahasa Arab pun tak faham, bagaimana awak boleh mengaku awak seorang ustaz?

Aziz Si Penjual Agama : Lihat wahai fan-fan sekalian, dia menghina ulama’!!!

Maulana : Apa beza awak dengan Azizan Othman? Dia ajar benda baik, dia bukan doktor tapi dia mengaku doktor, dia scammer bukan?

Aziz Si Penjual Agama : Saya ada Master Islamic Finance di Inceif.

Maulana : Adakah Master di Inceif belajar kitab-kitab fiqh dan usul yang muktabar? Boleh awak baca kitab Baijuri depan saya?

Aziz Si Penjual Agama : Err..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.