BUAT KAUM AYAH, JANGAN BUNUH DIRI!

B

Tadi, aku terbaca komen seseorang yang menceritakan temannya menamatkan nyawanya kerana haknya untuk bertemu anaknya dihalang oleh bekas isteri.

Mungkin dia terlalu depress, rindu, sedih dan kecewa. Yelah, dahlah rumah tangga runtuh. Nak jumpa anak pun tak dapat. Mungkin juga kehilangan harta.

Tapi kalau kau bunuh diri pun tak menyelesaikan masalah. Mungkin akan mewujudkan trauma yang lebih dahsyat terhadap anak-anak. Jangan terlalu ikut bisikan syaitan.

Cuma aku nak ingatkan, membunuh diri adalah dosa yang sangat besar. Mohon dijauhkan. Aku kira kisah mantan Raja Dangdut, Iwan mungkin boleh menjadi penawar.

Iwan juga menjadi mangsa hak melawat anak-anaknya dinafikan, anak-anaknya tidak mahu berjumpa dengannya, bahkan mengejek-ngejeknya. Sedih, memang sedih.

Tetapi Iwan menggunakan kejadian itu untuk mengingati tuhannya dan kembali mencari Allah, tuhan yang menguasai hati-hati manusia. Asbab anak-anaknya tidak menerimanya, dia mencari tuhan.

Maka, ingatlah kaum ayah. Always look on the bright side of life. Be positive. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Baik atau buruk, selagi ajal belum sampai, kembalilah kepada kasih sayang yang abadi.

Tenang-tenang, Allah sentiasa ada!

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/5335341109864460

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.