HARTA SEPENCARIAN TIADA DALAM QURAN, SUNNAH, ZAMAN PARA SAHABAT DAN KURUN SALAF!

H

Harta sepencarian adalah undang-undang baru yang diciptakan oleh umat akhir zaman berdasarkan ‘uruf nusantara. Ketika kembara ilmu aku di bumi anbiya, hal harta sepencarian ini tidak kenali oleh kalangan orang Arab hatta yang bergelar syaikh dan tolibul ilmi.

Untuk menjustifikasikan hujah harta sepencarian, dalil-dalil Quran dan Sunnah dipaksa dan dipulas supaya nampak seakan ianya sebuah syariat asal daripada Islam yang asal.

Yang ditulis di dalam kertas-kertas kerja dan journal-journal tentang harta sepencarian ini adalah kerana ‘uruf setempat dan adar temenggong. Ia bukan hukum asal dari Allah dan Rasul. Ia adalah undang-undang ta’zir yang direka untuk maslahah.

Asasnya harta sepencarian yang aku setuju adalah dalam bentuk ganti rugi terhadap pengorbanan mantan isteri yang diarahkan berhenti bekerja atau yang bersama-sama bangunkan perniagaan bersama mantan suami.

Sebagai contoh, seorang isteri yang memiliki PhD, yang sepatutnya jika dia bekerja sebagai pensyarah, dia boleh mendapatkan gaji sebanyak RM8,000/bulan tetapi disuruh berhenti atau berkorban tidak bekerja kerana menjaga anak-anak dan rumahtangga. Suami tidak bagi apa-apa elaun tetap kepada isteri.

Maka, jika bercerai selepas 10 tahun, mantan isteri wajar mendapatkan ganti rugi pengorbanannya dalam bentuk harta sepencarian RM8,000 x 10 x 12 = RM960,000 jika mantan suami mampu.

Keadaan kedua pula adalah jika mantan isteri terlibat dalam membangunkan perniagaan suami, maka dia berhak terhadap bahagiannya jika namanya tidak dimasukkan dalam syarikat. Hal ini juga agak munasabah.

Tetapi, apabila harta sepencarian digunakan untuk mengikis harta mantan suami, aku kira ia telah melampaui batas. Ia perbuatan yang sangat zalim. Terutama wanita yang memang asalnya memang tidak bekerja, takda kelulusan akademik dan memang dia berkahwin dengan orang kaya hanya untuk kesenangan hidup dia.

Apabila bercerai, dituntut beratus juta, berpuluh juta daripada mantan suami demi kepuasan hidupnya. Walhal mantan isteri selama ini tidak pernah terlibat atau berkorban dalam perniagaan suami. Dia datang kosong, hidupnya berubah setelah berkahwin dengan orang kaya. Tiba-tiba setelah bercerai, dia menuntut harta sepencarian.

Peguam-peguam pun ramai yang sanggup buat job ini secara profit sharing kerana pulangannya sangat lumayan sehingga mereka terlupa tentang firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 188,

وَلَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوْا بِهَآ اِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوْا فَرِيْقًا مِّنْ اَمْوَالِ النَّاسِ بِالْاِثْمِ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ ࣖ
Janganlah kamu makan harta diantara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada para hakim dengan maksud agar kamu dapat memakan sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.

Yang lebih malang, hukum baru harta sepencarian ini juga telah digunakan untuk melanggar hudud Allah dalam masalah faraid. Sehingga faraid jadi tertangguh dan terganggu kerana isteri/balu menuntut hak harta sepencarian daripada ahli faraid walhal isteri/balu telah diberikan bahagiannya oleh Allah melalui faraid.

Kata mereka bahagian balu terlalu sikit. Mereka mempertikaikan keadilan Allah dalam had faraid yang telah termaktub di dalam Quran secara jelas. Inilah permulaan masalah. Mereka tidak kira sepanjang hidup dengan arwah, kesenangan, makan, pakai dan tempat tinggal, pergi melancong handbag dan segala yang dia pernah terima itu bukan bonus dalam hidupnya?

Aku melihat banyak penceraian dengan orang kaya berakhir dengan pergaduhan adalah kerana tindakan mantan isteri yang cuba menuntut harta mantan suaminya melalui hujah harta sepencarian. Tuntutan pula biasanya sangat melampau yang mendatangkan kemarahan, biasanya akan disulami dengan isu hadanah dan hak lawatan.

Asasnya, apabila penceraian berlaku. Ibu akan dapat hak penjagaan anak. Unless ada hal lain seperti nusyuz. Jika tidak, memang mahkamah akan serahkan kepada ibu. Ibu yang baik biasanya chill je. Ibu yang ada niat nak kaut harta, dia buat jadi hostile. Dah la rumah tangga hancur, anak tak dapat, dia nak pow pula duit kita. Apa perasaan korang? Orang ada duit kan. Alang-alang mandi, biar sampai basahlah!

Biasanya pula, peguam-peguam lapar ini akan buat pakej, kita lawankan dispute yang ada, then kita buat harta sepencarian. Peguam-peguam yang lapar akan cuba mendapatkan amount yang banyak supaya berbaloi. Let say-lah dia target RM100 juta, kalau deal profit sharing 20/80. Peguam dapat RM20 juta bhai! Boleh terus tak kerja dah.

Bila duit tak dapat. Mantan suami lawan di mahkamah. Maka mulalah sekatan hak lawatan mantan suami digunakan. Kemudian mulalah bergaduh. Lepas tu segala cerita dalam kelambu akan keluar. Segala najis akan dihidangkan dalam mahkamah dan luar mahkamah.

Aku nasihatkan kepada para suami, jika isteri korang bekerja dan kau yang suruh dia berhenti, maka gaji mereka yang mereka dapat dulu wajib kau bayar setiap bulan. Barulah steady. Buat surat perjanjian yang dia tak boleh tuntut harta sepencarian jika bercerai. Kalau bercerai, nafkah anak-anak jangan dilupakan.

Aku ingatkan kepada kaum isteri, hati-hati dengan advise para peguam yang ajak fight untuk harta sepencarian supaya berfikir lebih rasional. Jika memang tidak layak, janganlah tuntut. Harta yang haram tidak akan diberkati. Move on and make new life.

Kata Nabi SAW,‎
مَنْ أَخَذَمِنَ الْاَ ْرِض شِبْرًابِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِلَى سَبْعِ أَرْضِيْنَ.
“Barangsiapa mengambil sejengkal tanah bumi yang bukan haknya, nescaya ditenggelamkan dia pada hari kiamat sampai ke dalam tujuh lapis bumi.”
[HR Bukhari]

Di barat, pasangan malas nak berkahwin atau daftar perkahwinan adalah disebabkan hal kehilangan harta kalau bercerailah. Di barat, ia lebih menakutkan. Mungkin kau akan kehilangan 50% segala aset dan harta kau. Mungkin kau akan hilang segala-galanya.

Aku rasalah, mungkin ramai lelaki Islam mula berfikir seperti ini. Kalau nikah itu bukan tuntutan agama, manakala zina bukan dosa besar. Rasanya mereka juga tidak pilih untuk berkahwin.

Orang barat dah tunjukkan. Tanpa berkahwin, anak boleh dilahirkan dan dibesarkan dengan baik. Tiada lagi istilah bercerai. Relationship base on mutual understanding dan agreement. Harta pun selamat. Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.