Tadi pagi-pagi aku mengidam nasi lemak dengan rendang rusa bhai. Jenuh aku fikir mana nak cari. Lepas baru aku teringat, dekat IFMAL Melawati ada.
Coffee & Koala kat dekat sana. Nasi lemak Pulau Pandan Jauh Ke Tengah kalau makan dengan rendang rusa memang meletop. Sekali dengan kopi koala.
Sampai saja, aku terus order kopi tersedap di dunia. Ambil nasi lemak dan rendah rusa. Suruh barista panaskan. Aku serus 2 orang sahabat lagi datang. Kami makan sama-sama.
Korang dah pernah try rendang rusa? Ini daging rusa real tau. Datang dari Bilut. Nik Izwan Kamel bela sendiri. Bagi makan durian tau!