ADAKAH BENAR AYAH YANG SELALUNYA TIDAK MAHU JUMPA ANAK SETELAH BERCERAI?

A

To be fair memang ada ayah yang sengal. Tapi, kebanyakkan bukan sengaja. Aku telah melihat beberapa contoh daripada kawan-kawan, kenalan-kenalan, dan saudara mara.

Bukan mereka tidak mahu berjumpa. Tapi kekangan masa yang ada kerana mencari rezeki. Selama mereka duduk serumah pun, memang si ayah keluar lepas subuh, balik lepas supper.

Weekend pun kerja. Masa cuti pun bekerja. Kadang-kadang timing tu tak kena. Apa beza sebelum bercerai dan selepas bercerai kan? Mereka tetap kena bekerja. Itu sebab kadang-kadang mereka request masa yang panjang, cuti sekali dan lump sum.

Yang jenis baik-baik ni, memang biasanya nafkah dia bagi, tuition anak dia bayar, insurance anak dia bayar, dan kalau boleh semua dia nak tanggung. Mungkin tiada kemampuan saja.

Macam ada satu member ni. Siap belikan kereta untuk mantan isteri untuk pergi ambil anak sekolah. Dia memang admit dia jarang dan tak dapat jumpa anak-anak dia. Tapi dia selalu video call. Yelah, dia kerja offshore luar negara.

Dia jadi bengang bila dapat tau, anak dia call kata mak tak hantar pun diorang ke sekolah. Bila di-check, si mantan sibuk bawa abang muda dating dengan kereta yang dia bayar.

Apa perasaan dia masa tu? Aku sebagai advisor suruh dia tarik balik kereta tu. Bagi duit belanja direct kepada anak-anak dia. Start dari hari tu, memang makin payahlah dia dapat bermalam dengan anak-anak dia.

Nasiblah member ni jenis tak terjun laut. Tapi aku dah pesan, buat hibah dulu taruk nama aku, then kalau nak bunuh diri, silakan. Begitulah nasib lelaki yang baik. Baik pun terkono juga.

Kadang-kadang kita kena faham juga. Bukan hanya kaum wanita sahaja menjadi mangsa. Kaun lelaki juga ada yang jadi mangsa. Ada yang merana di dalam jiwa tiada siapa yang tahu.

P. Ramli telah menggambarkan dalam filem Hujan Panas. Buya Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Manakala Johny Depp dibuktikan dalam realiti. Be fair-lah. Bukan semua perempuan baik kan?

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/731008301445140

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.