1. Aku sudah menjangkakan Najib Razak akan ke penjara setelah BN tewas PRU lalu. Kehendak rakyat yang mahu Najib diturunkan. Maka, amat tidak wajar mandat rakyat ini dikhianati.
2. Aku tidak menafikan pemerintahan Najib Razak sangat baik. Polisi-polisinya juga menjadikan nombor-nombor ekonomi naik dengan baik, aset negara bertambah, dan negara berada dalam keadaan yang stabil jika dibandingkan dengan selepas kejatuhannya.
3. Aku pernah memberitahu rakan-rakan aku, yang Najib hanyalah “lucky ass” sebab dia lahir daripada sperma Tun Razak. Kalau Najib tidak ada Rosmah di sisi, tiada circle monyet dengan dia. Kita boleh kawan dengan dia.
4. Sebelum PRU lalu, beberapa sahabat aku membawa aku untuk memberi idea kepada kerajaan BN untuk menambat hati anak muda. Idea aku mula-mula diterima, kemudian di-hijack, tetapi tak dibuat. Dengan angkuh dan sombong mereka bagitau, kita akan menang.
5. Hidup aku mudah ketika itu. Aku sentiasa berjiwa pembangkang. Tetapi kalau kerajaan minta tolong untuk rakyat, aku akan letak jiwa dan raga aku. Kalau mereka angkuh, aku lawan mereka.
6. Maka PRU lalu, aku membantu PH. Alhamdulillah, BN tumbang. Aku bantu PH bukan sebab aku orang PH, atau aku suka PH. Aku rasa BN/Umno perlu diajar. Selepas PH menang, aku sering mengkritik kerajaan PH pula. Aku menyokong kerajaan PH ditumbangkan kerana kebobrokan dan kesombongan mereka.
7. Aku tak percaya mana-mana politikus clean. Sebab itu usul dalam #mindaskeptikal berbunyi, “asal politikus itu penyamun dan penipu, melainkan setelah dibuktikan sebaliknya.”
8. Aku percaya Najib akan ke dalam lebih kuat setelah melihat drama pemilihan hakim di mahkamah tinggi. Yang akhirnya Hakim Nazlan yang ada conflict of interest menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman ke atas Najib. Kemudian, hakim Nazlan dinaikkan pangkat menjadi hakim mahkamah rayuan.
9. Ketika di mahkamah rayuan, hakim-hakim di mahkamah rayuan ada mengeluarkan kenyataan yang agak personal terhadap Najib Razak. Lagi aku percaya, Najib takkan selamat di federal court.
10. Ketika di federal court, ketua hakim punya suami yang tidur sekatil selama beberapa tahun dengannya didapati penyokong tegar PH, anti-BN dan anti-Najib. Lagilah menguatkan perjalanan Najib ke penjara. Siap ada dalam court lagi.
11. Najib telah buat sumpah laknat kali ke-2, maka aku tahu yang dia sudah sedar yang dia akan dipenjara. Dia sudah tahu dia akan kalah.
12. Tentang sumpah dia, ia sah, valid dan ia diantara dia dan Allah. Tiada kena mengena dengan undang-undang negara. Yang mempertikaikan sumpah dia, tak perlu risau. Kalau dia menipu, Allah akan laknat dia. Allah bukan saja ar-Rahmah ar-Rahim, dia juga al-Mutakabbir al-Hakim. Yang nak jaga kesucian masjid, make sure 5 waktu solat di masjid.
13. Kes SRC ini mudah pada aku. Duit sudah masuk ke akaun peribadi Najib. Najib tidak memulangkannya. Bahkan diguna dan dipakai. Ini salah. Cuma hakim-hakim yang terlibat tidak clean. Itu yang aku kata, mahkamah dan hakim ni buka sahaja kena adil, tetapi mesti dilihat adil.
14. Naratif defend Najib adalah dia dianiaya. Zetty tak kasitau, segala arahan semua dari Jho Low. Jho Low takda, dan tak berjaya ditangkap. Suami Zetty dapat duit. Ia perangkap, di-frame, dan diperdaya.
15. Najib cuba bawa ke angle itu. Malangnya, hakim-hakim yang menguruskan kes dia tidak “bite” angle defend dia.
16. Kesilapan Najib Razak yang paling ketara adalah, dia sendiri tidak percaya kepada Umno. Itu sebab dia ambil duit derma ke akaun peribadi. Walhal perkara itu salah. Sepatutnya masuklah dalam account Umno.
17. Dia ingat dia undefeated. Selagi dia memerintah memang dia akan selamat. Tapi bila kalah. Inilah jadinya. Ketika itu mungkin dia terlupa yang memberikan dia kuasa adalah Allah, yang menarik balik kuasanya adalah Allah.
18. Najib Razak terlalu gentleman. Ketika dia naik berkuasa, dia tidak tukarkan orang-orang Tun M seperti Gabenor BNM, AG, KP SPRM, dan ramai lagi Tun M idolizer dalam kapal pentadbiran dia. Aku tak faham sama ada dia memang rasa dia clean dan tak salah, atau dia memang gentleman.
19. Biasanya orang politik ni main cash. Tapi dia berani-berani masuk account sendiri. Itu yang buat aku masih tertanya-tanya, sama ada dia ni memang bangang, atau dia memang percaya apa dia buat tidak salah. Dia yakin itu duit derma daripada King Abdullah.
20. Ketika era Bossku, dia bersama-sama dengan Ron Kamisan pula. Lagi membuatkan aku rasa fishy. Ron ini budak Fadino. Fadino ini owner Bitkingdom. Najib juga ada bertemu dia.
21. Najib Razak pernah mengkritik tentang Bitcoin dan dunia crypto dulu yang menyebabkan aku memanggil dia dungu kerana taknak faham dan gagal faham. Tetapi dia bertaubat kemudian hari.
22. Ketika perjuangan #JUSTICEforBELLA aku gerakkan, aku minta sahabat-sahabat aku yang bersama-sama Najib Razak untuk minta dia support. Malangnya dia tidak buat pun. Mungkin Siti Bainun puteri Umno barangkali. Dia hanya sekadar troll Mas Ermieyati sahaja. Atau mungkin dia tahu Siti Bainun “anak angkat” Zahid Hamidi. Tindakan dia itu, aku dah agak.
23. Jadi, aku kekal dengan usul #mindaskeptikal aku dalam masa yang sama aku reserve ada kebarangkalian duit 42juta itu memang dia betul-betul taktau. Dia dah mubahalah, dia akan jawab dengan Allah nanti.
24. Tetapi aku juga tidak percaya Najib Razak ni clean, sama macam aku tak percaya Tun M clean, sama macam aku tak percaya mahkamah dan hakim-hakim clean. Semua mereka manusia yang tidak maksum. Ada agenda dan projek mereka sendiri. Khilaf itu pasti wujud.
25. Imej kerajaan Malaysia dan PM Ismail Sabri mungkin nampak sangat baik di mata masyarakat dunia terutama para pelabur kerana “orang besar” boleh dijatuhkan hukuman penjara. Tiada campur tangan daripada pihak kerajaan. Takda dah orang akan cakap ikan bilis je kena, jerung terlepas.
26. Aku membayangkan, kalaulah DPP kes Najib ini yang handle kes adik Bella. Ohya, V. Sithambaram peguam swasta yang lead counsel DPP. Padanlah power. Tahniah V. Sithambaram!
27. Apa pun berlaku, kita kena percaya keadilan di mahkamah Allah itu pasti adil. Mahkamah dunia ini pasti ada flaws, tetapi tetap diperlukan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang melanggar undang-undang kemanusiaan.
28. Aku berharap Najib Razak bermuhasabah diri di dalam penjara, hafal al-Quran, ngaji hadis, ibadah banyak-banyak dan yang paling penting insaf dan bertaubat di atas apa-apa kesalahan yang dia pernah lakukan.
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
29. Buat follower-follower tegar Najib Razak, korang juga bangsa yang patut bermuhasabah dan insaf. Jangan lupa ketika korang di puncak, kesombongan dan keangkuhan korang tidak dapat dilupakan. Yang ada direct network, lagilah teruk perangainya dulu.
30. Semoga kesilapan DS Najib Razak ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua. Buat bakal-bakal pm, bila sudah ada skandal, resign terus, jangan turun disebabkan kalah. “Kawan” dan lawan akan datang menjamah anda nanti.
ps : Aku bagi sedikit pujian, Najib main Facebook 2 kerajaan tumbang. Skill Najib main Facebook, bukan kaleng-kaleng.