TAHI POLIK

T

Kadang-kadang aku pun pelik kenapa macai-macai PH ni pun suka merentan tak pasal-pasal dan off topic atas apa yang aku tulis.

Hari tu aku dituduh orang PH sebab aku mengkritik Zahid Hamidi dan Najib Razak. Semalam aku jadi orang Umno pula. Inilah masalah tahi politik.

Adakah aku tak dibenarkan berbeza dengan diorang. Adakah aku tak boleh ada pendirian berbeza dengan mereka.

Jadi apa beza mereka dengan macai dan taik Umno seperti Tun Carlos, Tun Faisal dan lain-lain? Aku cerita lain, diorang melalut ke lain.

Aku cerita pasal tak perlu nak pertikai pasal Najib bersumpah, dia cerita pasal court. Aku cerita pasal fiqh sumpah, dia cerita pasal masjid.

Padanlah muka lepas 22 bulan, terus hilang kuasa. Eloklah. Masa ada kuasa pun tak semengah juga perangainya.

Takkanlah aku nak ikut jejak diorang melalut pergi ke hukum aurat pula nanti. Macam biasa dulu lebai-lebai balon pasal rambut Rosmah.

Aku dah sebut dengan jelas Najib bersalah kerana diam dan menggunakan dana 42 juta itu. Sepatutnya dia kenalah report. Tak bolehlah kata taktau.

Cumanya aku pertikaikan beberapa isu conflict of interest hakim-hakim sahaja. Takkanlah aku kena sama dengan macai PH dalam semua perkara membabitkan kes Najib Razak.

Aku bukan macai PH, aku ada stand aku sendiri. Melihat macai-macai PH sangat bebal dan menjengkelkan macam macai Umno. Aku rasa negara ini dalam masalah.

Aku cerita pasal pandangan aku tentang mubahalah Najib Razak dan fiqh sumpah. Tapi macai PH meroyan macam macai Umno juga. Macam nak ajak aku bermusuh pula.

Rilex, kasi ruang kepada rakyat marhaen nak beri pandangan. Tapi kalau bab agama, jangan tunjuk jahil sangat. Dah macam equation,

Macai Umno = Macai PH, maka Umno = PH. Ke guane?

Teringat aku yang Rumah Bonda ada 2 orang tokoh. Siti Bainun = Umno, Syed Azmi = PH. Siti Bainun ialah “anak angkat” Zahid Hamidi, Syed Azmi “adik angkat” Hannah Yeoh.

Aku lihat gabungan Syed Azmi dan Siti Bainun meletop. Aku kira kalau gabungan macai Umno dan PH pun mesti impact sama juga. Elok korang jangan gaduh-gaduh. Boleh buka NGO sama-sama.

Sejak kes adik Bella, aku tak percaya mana-mana politikus dan parti politik. Banyak kedok politkus ini telah terbungkam sendiri. Tapi tidaklah aku personal terhadap individu tertentu. Tapi, aku memang takkan percaya pun mana-mana politikus.

Pendirian aku bukan hanya A atau B. Tapi lebih daripada itu. Mungkin C, D, E, F, G, H sampai Z. Aku memang tak neutral. Aku ada pendirian aku sendiri dalam setiap isu.

Cumanya aku tertanya-tanya, mamat PH yang nak jaga kesucian masjid ni, rasa-rasa berapa kali dia pergi masjid sehari.

Harapnya dia memang kaki masjid, itu sebab dia sangat menjaga kesucian masjid. Bukan seorang penunggang masjid pula..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.