ORANG BANGI, KAJANG DAN HULU LANGAT WAJIB TRY SPEGHETTI TUN SUKA!

O

Korang kena tau, aku ni walaupun tak kaya, orang kampung, Padang Besaq mai, tapi asal usul aku Italian + Spanish. Jadi, makanan ruji aku adalah pasta dan paella. Kalau aku kata sedap, maka sedaplah. Kalau kau kata tak sedap, maksudnya kau yang tak reti makan.

Cumanya bila dah duduk di Malaysia, rasa dan jiwa Malaysia mestilah kena ada. Kena pedas. Kalau tak pedas memang takda kick. Di Tun Suka, korang boleh pilih jenis pasta, flava, jenis daging dan tahap kepedasan yang kau nak. Boleh rujuk catalog dia di gambar.

Hari ini aku makan aglio olio, sotong dan paling pedas. Sotong dia bukan calamari ring tau. Bukan sotong katak, bukan juga sotong lapuiji. Dia pakai sotong Argentina. Sedap bak hang sotong Argentina ni. Dia buat celup tepung. Ini yang malam-malam rasa nak dribble dan score goal macam Messi ni.

Anyway, overall spaghetti dia memang sedap. Aku kasi 10 bintang daripada 10 untuk local pasta taste. Yelah, yang design recipe dia head chef Sunway Hotel katanya. Tapi tak boleh lawan pasta gopren aku buatlah. Pasta pun dia uli sendiri tau. Tak main la beli bungkus.

Tempat Tun Suka ni dekat Bangi Square 2. Alah, yang jalan nak ke Maahad Hamidiah tu. Siapa yang suka makan pasta, tinggal di area Bangi-Kajang-Langat ni. Boleh try rasa. Ohya, tauke dia anak muda yang sangat rajin, baik hati, sangat berakhlak dan beradab.

Ini bukan paid review. Ini ikhlas review! Aku snap receipt tu. Aku doakan budak ni berjaya dunia dan akhirat. Dia ni dulu technical specialist dekat VW Australia tau. Dia balik Malaysia lepas kumpul modal. Nak berbakti kepada negara katanya.

Respect!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.