WISDOM YANG TAK BOLEH DIBELI..

W

“Haji, kami masih perlukan haji. Kami perlukan wisdom haji lagi.”

Itu yang aku kasitau guru kami yang tercinta. Walaupun dia dah perturunkan segala ilmu, rahsia dan teknik selama 40 tahun lebih itu kepada kami, aku tetap perlukan dia.

Guru kami ini ialah seorang market wizard, dari dia muda sampai ke tua, dia tidak pernah kerja makan gaji. Hidup dia hanya trading-research-trading. Dia tak pernah buat kelas mengajar. Dia tak pernah collect IPO atau pre-IPO. Dia sudah ada segala-galanya dalam hidup ini.

Selama hampir 40 tahun mengkaji market secara teknikal dengan ilmu statistik yang dia pelajari di universiti. Ya, dia seorang statistician. Ketika dia di usia 65 tahun, dia akhirnya berjaya menyempurnakan kajiannya.

Dia pilih kami untuk menjadi waris ilmu dan rahsianya adalah kuasa Allah. Segala pertemuan dan perkenalan aku dengan dia juga sangat unik. Seolah-olah sudah diaturkan oleh perancang mutlak, Allah al-Barii’.

Katanya,
“Saya dah ajar segala-galanya, saya harap, kalau saya pergi, Aliff dengan Nik tau yang saya dah ajar habis.”

Setiap kali dia mengeluarkan kata-kata sebegitu, aku sebak. Aku faham, dia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini.

Walaupun kami telah diajar dan diperturunkan segala ilmu dan rahsia guru kami. Kami automate-kan dengan teknologi, keputusan kami tetap tidak sama dengan guru kami. Keputusan dia tetap jauh lebih baik.

Itulah beza pengalaman 40 tahun dengan 2 tahun. Itulah beza pengasas dan pewaris. Itu beza langit dengan bumi. Apa yang membezakan? Itulah wisdom. Aku taktau macam mana nak define wisdom dalam satu perkataan bahasa Melayu.

Kami telah berjanji dan bersumpah untuk menggunakan ilmunya yang kami warisi untuk ummah. Segala impiannya ketika muda kami kena realisasikan. Aku sentiasa berdoa dia sempat melihat impiannya terlaksana.

Guru kami ini tidak mahu dikenali di dunia ini. Inilah gambar pertama kami dengannya walaupun hampir 3 tahun kami menuntut ilmu dengannya. Nik cakap kat aku,

“Kita takda 1 pun gambar dengan haji. Nanti orang kata kita delusional.”

Jadi, inilah gambarnya!

Doakan guru kami ini sihat dan panjang umur ya!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.