Daripada bayar dia, baik kahwin je

D

Selain daripada cekap mencongak, sahabat gua Nik Izwan juga cekap mengira umur dan bejet untuk mati.

Semalam gua sembang-sebang dengan is2 gua pasal nak kahwin dengan artis. Dia suruh gua justify kenapa?

Gua teringat kira-kira sahabat gua tu. Disebabkan kebiasaan charges artis-artis yang ada 1 juta follower, untuk 1 posting marketing adalah lebih kurang RM3000-RM5000.

Kalau 1 hari 1 posting bermakna RM3000 x 365 = RM 1,095,000. Tapi, jika artis itu dah jadi bini lu, pasti charges itu jadi free. Mungkin kos mengorat, bercinta dan nikah jauh lebih rendah dari itu. Kan?

Daripada bayar dia, baik kahwin je dengan dia. Penjimatan yang besar, keuntungan yang maksima!

Is2 setuju dengan justifikasi gua. Beliau sedar, jika bisnes gua untung besar, beliau juga akan untung besar.

Moral of the story, carilah isteri-isteri yang rational dan intelektual. Juga sahabat yang pandai mengira.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.