Di dalam video di bawah, seorang syaikh Arab melarang tangannya dicium dan menundukkan badan ketika bersalaman dengan beliau.
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: «لَا». قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: «لَا». قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: «نَعَمْ».
Seorang lelaki berkata,
“Wahai Rasulullah! Sekiranya salah seorang daripada kami bertemu saudaranya atau rakannya, adakah boleh dia tunduk kepadanya?”
Jawab Nabi SAW,
“Tidak.”
Dia berkata,
“Adakah dia memeluknya dan menciumnya?”
Jawab Nabi SAW,
“Tidak.”
Dia bertanya lagi,
“Adakah dia mengambil tangannya dan menjabatnya?”
Jawab Nabi SAW,
“Ya.”
[Riwayat Tirmizi dengan sanad yang sahih.]
Nabi SAW dalam hadis di atas secara tegas melarang perbuatan tunduk kepada sesama manusia.
Konteks hadis ini adalah larangan bersikap melampau dalam menghormati manusia. Ya, memang ada beberapa keadaan yang sahabat Nabi SAW mencium tangan Nabi SAW. Tetapi perkara itu bukanlah perkara yang umum. Terdapat konteks lain yang telah dibincang oleh para ulama’.
Asasnya secara umum, menundukkan badan kepada manusia adalah dilarang. Wallahu’alam..