KENYATAAN PEGUAM HAIDA YANG DIKAITKAN DENGN SKIM RUMAH RM10.

K

Aku telah dihubungi oleh Puan Haida, peguam Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dia sampaikan kepada aku.

Kenyataan rasmi Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners.

1) Pihak firma kami iaitu Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners mengambil maklum tentang satu berita yang disiarkan melalui facebook portal Sinar Harian pada 29.9.2022 sekitar jam 8.30 pagi bertajuk “Jika salah heret sahaja saya ke mahkamah: Siti Nur Atiqah”. Di dalam berita tersebut telah dilampirkan gambar cover Perjanjian Jual Beli (SPA) yang memaparkan nama firma kami iaitu Messrs. Haida Mohd Fikah & Partners yang jelas mengelirukan dan berniat jahat. Laporan berita Sinar Harian tersebut juga telah dikongsikan oleh beberapa page lain di Facebook.

2) Penama yang dinyatakan di dalam laporan berita tersebut iaitu Siti Nur Atiqah bukanlah klien Firma Haida Mohd Fikah & Partners dan firma kami tidak pernah berurusan dengan penama tersebut.

3) Semakan pihak kami mendapati, nombor rujukan yang tertera di dalam cover SPA tersebut kami dapati SPA tersebut melibatkan satu perjanjian jual beli subsale antara klien kami dengan pihak satu lagi yang tidak ada kena mengena langsung dengan berita yang sedang tular. Salinan asal SPA tersebut juga belum pernah diserahkan kepada mana-mana pihak di dalam perjanjian tersebut.

4) Penggunaan gambar dokumen tersebut oleh pihak media berkenaan dan pihak pihak berkaitan, pihak kami nyatakan dan tegaskan ianya adalah satu penyalahgunaan secara tidak wajar dan berniat jahat oleh pihak pihak berkaitan bagi tujuan maksud menjatuhkan reputasi pihak firma guaman Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners.

5) Pihak firma kami akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada pihak yang menyalahgunakan dokumen tersebut,termasuklah laporan polis kepada pihak PDRM dan SKMM bagi tujuan siasatan lanjut di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekian
Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners.
3.10.2022

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.