1. Selepas kewafatan Nabi SAW, para sahabat dan para imam pada kurun salaf, siapa manusia yang mempunyai indicator sahih lagi sarih yang tubuh memiliki keberkatan?
2. Nabi SAW kita tak payah ceritalah.
3. Para sahabat pula ada yang dijanjikan syurga, dan ayat Quran yang menyebutkan Allah redha terhadap mereka.
4. Imam-imam kurun salaf pula memiliki lebihan keberkatan kerana hidup pada kurun salaf seperti yang disebutkan Nabi SAW.
5. Maka, selepas zaman salaf, siapa yang boleh mendabik dada merasakan tubuh badannya memiliki berkat?
6. Orang soleh mana yang berani mengaku tubuhnya ada keberkatan?
7. Tok guru mana yang mengaku dia ‘alim dan merasakan tangan dia patut dicium?
8. Manusia zuhud dan tawadhu’ mana yang merasakan tubuhnya memiliki barakah?
9. Bukanlah orang soleh itu sepatutnya wara’ dan tawadhu’?
10. Cuba lihat video di bawah ini. Inilah hasilan membuka ruang kepada manusia tunduk kepada manusia lain dengan bermacam-macam hujah.
11. Muhaizad ini seorang lebai yang telah mengajar beberapa ajaran syirik dan kurafat seperti membenarkan zodiak, mandi safar, selak tirai dan bermacam-macam lagi. Dia langsung tidak ‘alim.
12. Dia soleh? Zuhud dan tawadhu’? Entahlah..
13. Apakah kewajaran orang yang nak bersalam dengan dia kena berjalan seakan itik gembo-gembo?
14. Aku tak nak bincang bab hukum, kerana aku tahu shopping fatwa, manipulasi dalil boleh dibuat, dan pandangan syadz boleh dikeluarkan.
15. Cuma aku nak korang fikir, apakah kewajaran manusia diajar untuk menghormati manusia lain sehingga jadi sebegitu?
16. Pada aku jika seseorang sanggup melakukan perbuatan hina seperti tu kepada seorang manusia lain. Aku percaya dalam jiwa mereka ada keyakinan yang orang itu ada kelebihan dan maqam lain.
17. Jika tidak, salam dengan aku pun diorang patut jalan gaya itik gembo-gembo juga.
Kan? Apa kata korang? Korang nak agama yang macam ini atau agama yang simple tanpa mengagung manusian lain walaupun orang itu seorang mufti mahupun ulama’.
Itu sebab dalam usul #MindaSkeptikal ada bab lebai. Inilah masalahnya..