BERHALA BUKAN SEKADAR PADA PATUNG..

B

Teringat aku bayan Almarhum Maulana Umar Palanpuri yang dinukilkan daripada guru kami yang mulia, Syaikh Haitsam. Katanya (lebih kurang maksud),

“Berhala itu bukan hanya pada patung. Tetapi berhala itu boleh jadi kepada kesemua makhluk, termasuk manusia.”

“Manusia boleh jadi berhala, duit boleh jadi berhala, masa boleh jadi berhala, kerja boleh jadi berhala, keluarga boleh jadi berhala, majikan boleh jadi berhala, teknologi boleh jadi berhala, usaha pun boleh jadi berhala..”

“Berhala itu adalah sesuatu yang menjadi sekutu dengan Allah, tuhan yang maha kuasa. Berhala itu hanyalah asbab kepada syirik, syirik itu berada dalam hati manusia. Atas sebab itu usaha terhadap hati untuk mengeluarkan berhala-berhala di dalam hati kita mesti diteruskan.”

“Kalau hati kita tiada kebesaran makhluk, kalau hati kita tiada kebesaran dunia, barulah hati kita bersih daripada berhala-berhala hati iaitu syirik-syirik kepada Allah.”

“Apa beza tuan-tuan tidak mahu sembah berhala, tidak percaya yang berhala itu boleh beri keberkatan, manfaat dan mudarat..

Tetapi, tuan-tuan boleh percaya ada makhluk pada hari ini boleh beri keberkatan, manfaat dan mudarat. Apa beza makhluk itu dengan berhala yang tuan-tuan tidak mahu sembah tadi?”

Apa yang aku nak sampaikan adalah apabila kita masih ada keyakinan kepada makhluk, mengharapkan keberkatan daripada makhluk, aku kira ajaran tauhid dan aqidah Islam yang membersihkan syirik dan membebaskan manusia daripada perhambaan jiwa tidak mencapai matlamatnya.

Allah maha kuasa, makhluk takda kuasa!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.