Hari ni hari Jumaat, sepatutnya gua melepak ja kat rumah sambil berzikir dan membaca buku. Tapi hari ini lepas subuh gua dah bersiap keluar rumah mengais mencari sesuatu walau nak dekat hujung tahun.

Ada kawan kasitau gua dia balik pukul 2 pagi. Oh samalah kita. Bezanya, gua tetap bangun awal, dia bangun pukul 11. Bezanya gua boss, dia kuli. Gua takda gaji, dia ada gaji. Dia ada amanah kerja, gua ikut sukalah. Dulu masa gua makan gaji, balik lewat gak, tapi gua tetap masuk office 9 pagi.

Itulah beza 80s dengan 90s. Kaum 90s hidup dengan pelbagai alasan. Terlalu take for granted dalam semua urusan. Tak pernah cuba push limit diri to the max. Lagi 1 bila kerja dengan Cina, boleh kerja sampai tidur kat office. Bila dengan kaum muslimin, sampai masa terus cabut.

Setakat ni, berapa kerat ja 90s yang bagus gua jumpa. Selebihnya masih di awan awangan, mengharap dunia indah bagai utopia. Ada yang kejap ok, kejap tidak. Yang ada penyakit mental pun ada. Pelik dan hairan kenapa batch gua takda plak yang ada anxiety sampai mati pucuk. Budak 90s yang gua kenal ramai plak ada anxiety.

Mungkin zaman transition teknologi dari manual ke berkomputer menjadikan bangsa 80s lebih menghargai masa dan mensyukuri teknologi. Malam ni gua lepak Saka Cafe, esok gua shopping kat Ifmal. Siapa nak ajak gaduh, jemput datang!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.