HONDA N-One PREMIUM UNTUK DI-LETGO!

H

Hari tu rasa ada duit lebih sikit, ingat nak upgrade-lah daripada Axia Kompang ke bangsa H. Tapi tiba-tiba, ada pula saman masuk daripada kapitalis jahat. Dah bayar deposit pula.

Tapi takpa, mungkin takda rezeki. Jadi aku terpaksa lepaskan angan-angan nak jadi bangsa H. Aku taknak jadi macam cikgu kaki carut tu. Pumpang-pumpang, kereta H ada lagi, siap beli rumah, dia minta sedekah bila kena saman. Siap letak no akaun sendiri.

Aku ni bangsa bermaruah tinggi. Mak aku marah kalau aku mengemis. Mak aku suruh jual semua. Kalau bini ramai pun, cut loss semua tinggalkan satu je. Kalau satu pun dah tak mampu cut loss juga. Eh!

Baru boleh mengemis. Itu pun kena pinjam dulu. Dan kena ada repayment plan. Itu aku lah. Aku bukan cikgu. Aku tak kerja gomen kan yang senang buat personal financing macam dekat www.idsb.my tu. Ini sebab aku kena cut loss pembelian kereta H ini dan aku janji tolong cari pembeli lain yang berminat.

Anyway, ini Honda N-One. Juga dipanggil baby N-Box oleh orang old school. Cukup popular di Jepun terutama di kawasan sesak macam Tokyo. Biasanya abam-abam bangsa H mesti ada sebiji buat jalan-jalan petang dan bawa gopren.

Kereta ini dikuasakan dengan enjin 660cc dengan 3 silinder dan bantuan turbo. Jadi, kalau nak keluar simpang tu takda masalah untuk dapat daya tujahan awal selain untuk memotong. Kereta ini ada paddle shift di steering tau!

Kereta ini auto dan gear knob di bahagian dashboard. Maka, orang-orang yang bersaiz besar juga boleh pakai kereta ni. Peha takkan melekat dekat divider tengah tu sebab memang takda. Memang luas dan spacy.

So, kalau nak bawa gopren memang best. Boleh baring atas riba. Boleh sandar-sandar. Memang fun la kereta ni untuk bawa jalan-jalan petang mahupun jalan-jalan jauh. Apa yang penting dia bangsa H. Lagipun rim dia pun ada cop H. Bukan kompang.

Siapa berminat boleh contact BamPoi ditalian mudah call – 6016-4454594. Harga pasaran dalam RM80k – RM100k. Boleh nego. Ini kereta import recond tau. Limited edition. Siapa cepat dia dapat.

Siapa nak jadi bangsa H yang tenang. Pakailah N-One!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.