PERKENALKAN BOSS IFMAL.COM YANG BARU!

P

Nama dia Abu Turbine. Nama betul dia Abu Turab Malik. Dia sepupu kepada Zayn Malik penyanyi popular dari UK tu. One Direction ke boy band dia dulu. Diorang ni keturuan Malik dari Pakistan.

Abu dulu duk UK jadi turbine engineer. Sebab tu nama dia Abu Turbine. Sambil-sambil jadi engineer, dia develope Amazon account dia sampai dia boleh flip account Amazon dia £2m tau!

Kepakaran dia adalah analytics, product development, dan paling penting Amazon skill dia lah. Dia duk UK lama. Hampir 10 tahun. So, attitude dia macam orang UK lah.

Dia balik Malaysia memang jadi angel investor. Memang ramailah kawan-kawan panggil dia invest sana sini. Korang yang ada idea yang padu, try la approach dia. Kalau kau boleh cakap Urdu memang jadi priority dia.

So, selepas Abu sudah jadi orang kaya, dia beli sebahagian besar share IFMAL dan dia lead new direction selepas krisis post-covid ni. So, lepas ni kalau sesiapa nak diskaun dekat IFMAL, korang cari dia. Ada masalah pun cari dia.

Pasal nak ajar kungfu Amazon tu, kami ada perancangan. Korang semua sabar. Ilmu yang Abu ada sangat berharga untuk negara kita. Sebab kerajaan Pakistan pun invest dekat beberapa syarikat untuk buat Amazon.

Abu ini rakyat Malaysia yang baik. Dia dapat belajar ke UK dengan duit rakyat, so dia pulang berbakti kepada Malaysia semula. Dia boleh pilih enjoy duduk UK macam cousin dia Zayn Malik jadi artis. Tapi nak balik Malaysia dan strive bersama-sama kita di bumi bertuah ini.

Nah link dia..
https://www.facebook.com/abuturab.malik

Doakan Abu Turbine gang!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.