DAKWAH JEMAAH TABLIGH VS DAKWAH POLITIK

D

(Merujuk kepada video sahabat aku, Dr. Maszlee kena maki yang viral tu..)

Ramai orang tag aku. Aku taknak komen lebih. Taktau apa isu tapi aku nak tergelak perangai Maszlee, dia terus cop Umno dan provoke pakcik tu dengan camera dan kata-kata sinis.

Mungkin diorang marah sebab tak dapat claim toll dan teringat Maszlee pernah menghina orang Melayu dengan kenyataan orang Melayu tak boleh hidup tanpa Br1m kot..

Yang lebih lawak, dia kata,
“Saya buka McD..”

Anyway, aku teringat suatu kisah benar yang aku sendiri lalui.

Aku pernah khuruj di Hulu Terengganu selepas PRU ke-10. Masa tu PAS baru takeover Terengganu. Itulah zaman 2 imam 2 jemaah dalam 1 masjid. Aku saksi hidup.

Macam biasa, bila khuruj ni. Kau kena door-to-door. Jumpa semua orang. orang PAS ke, orang Umno ke, orang Dap ke, sufi ke, wahabi ke, semua kena jumpa.

Jumpa orang Pas, kami kena maki. Katanya kami munafik dan taknak berjuang. Munafik sebab pergi kenduri orang Umno, kenduri orang Pas pun pergi. Taknak berjuang sebab tak declare sokong Pas.

Jumpa orang Umno, ada yang ingat kami ni pemalas, takda kerja. Tidur masjid je. Ada yang ingat gang karkun ni sokong Pas. Kena tazkirah suruh cari kerja dan kenang jasa Umno.

Jumpa sufi dia suruh kami ngaji lagi sebelum sebelum nak dakwah. Sifat 20, hakikat dan maarifat apa semua tu keluar. Siap diuji-uji kami lagi.

Jumpa wahabi memang dia cop kami buat bidaah dan tak dengar pun apa kami cakap. Dia je cakap, kami diam dan dengar saja. Ada yang cop karkun sembah kubur. Kami minta dia doakan kami dan berlaku pergi walaupun rasa nak flying kick je dia.

Kena maki pernah, kena halau pun pernah, kena ludah pernah. Orang nampak kami, lari! Ada yang menyorok dalam rumah, ada juga baling batu dari jauh. Pernah sekali, ada orang Cina lepaskan anjing suh kejar kami.

Amir kami kata,
“Jangan lari, kita takut Allah ke makhluk..”

Anjing tu sampai kat kami, dia nyalak-nyalak. Amir kami usap-usap kepala dia. Then, dia balik kat tuan dia. Lepas tu jemaah kami kena cop sesat sebab pegang anjing. Masa tulah aku faham pasal hukum hakam sentuh anjing.

Apa yang aku nak cerita adalah, biasalah kalau kau door-to-door kena maki. Datang pun 5 tahun sekali. Datang nak raih undi, minta sokongan. Adatlah ada yang menentang. Kan?

Itu yang arwah Dr. Nasoha rahimahullah selalu cakap,
“Orang tabligh tiap-tiap hari jumpa orang door-to-door, ajak ingat Allah, ingat akhirat, ajak pergi masjid. Bukan ajak pergi mengundi, sokong parti. Itu pun kena maki..”

Tapi apa yang Jemaah Tabligh ajar? Diam, jangan melawan, zikir, fikir, syukur dan sabar. Lepas kena maki, kena hamun, balik ke masjid doa untuk orang itu. Doa nangis-nangis, ngadu kepada Allah.

Tak cukup lagi, bangun tahajjud, doa lagi. Sebut nama orang yang maki hamun kita tu. Supaya Allah bagi hidayah. Doa nangis-nangis, ngadu dan minta Allah ajar kita. Mungkin kita tak pandai.

Dahsyat kan ajaran Jemaah Tabligh?

Siapa sedia? 2.5 jam sehari, 3 hari sebulan, 40 hari setahun, 4 bulan seumur hidup, 2 bulan jalan kaki, 1 tahun, negara jauh, dalam negara, luar negara dan kampung orang asli..

Kita duduk masjid tuan-tuan, bukan ajak tuan-tuan pergi konsert, pergi party tuan-tuan! Kita orang Islam, tak kira Pas ke Umno ke Bersatu, kita keluar jalan Allah, kita makan satu talam!

Bangun tuan-tuan! Azam dulu tuan-tuan! Bagi nama dulu! InsyaAllah..

😉

ps : Aku cadang mana-mana orang nak jadi politikus, kena khuruj dulu..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.