PRO-BAINUN IN DA HAUS!

P

Ini Zaki. Seorang anti-Vaksin. Dia juga seorang pro-Bainun. Dia dan isteri dia siap buat group Telegram mengecam saksi-saksi yang hendak membantu adik Bella mendapat keadilan dan menghukum OKT. Kononnya cerita sebenar dari side Bainun.

Anyway, it’s ok. Itu pilihan mereka..

Aku tahu dia akan kalah. Kalah dengan teruk dan hilang wang pertaruhan. Aku tahu puak ni hanya nak buat political stunt. Nak cari perhatian dan nak cari funder. Almaklumlah, diorang ni cari makan je. Biasalah..

Hari tu diorang kalah dalam mahkamah rayuan, dapat eskrim Matkool je. Itu yang masuk PRU kot. Bolehlah collect dana PRU dan popularkan diri. Biasalah. Cuma yang menariknya, dia diskong oleh PPIM.

Tagline macam celaka!
“Jihad Pembela Ummah!”

Tokki endorse dia boh! Penghina suami lebai pun gang dia! Siti Bainun sokong! Peguam-peguam Siti Bainun pun sokong dia juga barangkali!

Hebat!

Korang tau kan? Tokki dan PPIM ni bff dengan Mahmud Jumaat? Kak Mona Din pun pernah jumpa Tokki dan PPIM kan? Tokki dan PPIM pun pernah je bersuara pasal #JusticeForBella. Masa Rina Harun panggil, dia ada je. Tapi taktau mende pun.

Aku percaya diorang pun tak setuju dan bantah. Ada sisi diorang tolong side kami, kami appreciate. Tapi bila endorsement begini. Jelaslah secara prinsipnya sudah terpesong. So, jangan pm aku dan tag aku lagi dah. Aku tak bersama PPIM dulu, kini dan selamanya.

Aku je tak pernah makan minum serta berkawan dengan PPIM dan tak kisah pun pasal PPIM ni. Diorang nak sokong apa-apa perjuangan aku, silakan. Tapi bila dia endorse dan sokong Si Zaki ini. Dengan jelas aku menolak sepenuhnya Tokki dan PPIM secara prinsip.

Aku nak korang semua fikir. Mana Tokki dapat duit dan kekayaannya? Dia berniaga apa? Siapa dia dulu? Aku nak korang fikir mana PPIM dapat duit? Diorang berniaga apa? Pernah open audit laporan kewangan diorang tak?

Birds of a feather flock together!

😉

Sekian, ini prinsip, pandangan dan pendirian aku. Take it or leave it.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.