BACK TO REALITI

B

Setelah kita puas memberi komentar, mengkritik, dan membenci. Yang pasti, kita yang bekerja tetap kena terus bekerja tanpa kenaikan gaji, yang berniaga kena terus berniaga tanpa apa-apa elaun khas dan claim dari kerajaan.

Lagi nak ingatkan, nanti yang bekerja, kena masuk kerja tau, kita tak boleh ponteng, tak boleh datang lewat, nanti boleh kena buang kerja, boleh kena tolak gaji, boleh hilang pencen juga.

Orang berniaga pula, kena terus buat sales, buat marketing, kena strive, kena struggle, kena fikir untuk terus survive, dan kena fikir hujung bulan boleh bayar gaji para pekerja tak. Ada gaji untuk kita tak bulan ni.

Orang yang kita pilih tadi, dia ponteng parlimen ke, dia tak bangun pagi ke, dia pergi bercuti ke, dia kayuh basikal ke, dia kahwin lagi dekat planet Zargus ke, dia curi duit ke, dia tetap akan dapat gaji dan elaun. Dia boleh claim itu ini. Nanti boleh dapat pencen.

Begitulah realiti, pilihan kita tadi tu belum pasti boleh bagi manfaat dekat kita, tapi pasti bagi manfaat dan keuntungan kepada orang yang kita pilih tadi. Maka, yang sibuk memaksa orang lain jadi #TaikPolitik tu, harap korang sedar.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.