“Bro, SCRUT dah tunjuk kekayaan Tan Sri, kenapa orang masih sokong?”
Beginilah, Najib Razak tu dah sah-sah disabitkan, tapi aura dia, kempen dia, macam Rockstar. Masih lagi orang sokong.
Syed Saddiq, dah ada prima facie, ada skandal macam-macam, liberal, pro-LGBT, tapi dia still ada penyokong. Kenapa?
Contoh lagi, Zahid Hamidi, pun still menang lagi. Walhal macam-macam dah kena. Macam-macam dah ditunjukkan. Aku SCRUT awal lagi.
Pada aku bukan PN yang menang besar. PAS yang menang besar. Dari dulu aku sebut, PAS ni parti politik yang special. Dia lengkap. Ada sistem pengkadiran untuk menghasilkan wala’un.
Nak buat parti Melayu, kau kena at par dengan PAS. Cara Umno lawan dulu ada mengguna duit, semangat nasionalisme atau kebangsaan dan sedikit keterbukaan terhadap fahaman liberal.
Just to be fair, Muhyiddin Yassin kaya, tapi dia tak kena charge apa-apa. Dia kaya, dia kayalah, pada aku itu biasalah, dia seosoned politician lahir dari rahim Umno kot. Normal-lah. Dia lawan di Pagoh, dia bukan lawan di Shah Alam.
Pengundi non-partisan dan atas pagar ini simple minded. Diorang taknak Zahid, taknak Guan Eng. Taknak cluster mahkamah, taknak DAP. Terutama Melayu lah. Jadi, apa pilihan yang dia ada?
Ada ramai sahabat-sahabat daripada PAS mesej aku seorang-seorang, diorang ucap terima kasih dan kasitau, keputusan SCRUT Haji Hadi itu bahan kempen mereka last corner dan membuka hati non-partisan.
Apa-apa pun, kerja kita dah selesai. Kita takkan dapat gaji MP pun. Sekarang ni, proses tawar menawar di kalangan mereka. Jadi menteri, timbalan menteri, chairman sana sini, BOD sana sini. Scheme of thing..
Awok melopong ler..