LHDN SUDAH BERUBAH?

L

(Panjang tau. Baca perlahan-perlahan.)

Selasa lalu, aku dan 2 orang sahabat Nik Izwan Kamel dan peguam Haziq DSubhi mewakili Pertubuhan Usahawan Digital dan Pemula Malaysia (PuMA) telah melakukan kunjungan hormat dan perjumpaan dengan CEO dan Ketua Pengarah LHDN, Datuk Dr. Nizom Sairi di pejabatnya di HQ Putrajaya.

Kunjungan hormat dan perbincangan ini adalah aktiviti pertama PuMA sebagai NGO yang baru diluluskan bertujuan mewakili suara anak muda, usahawan sme, startup, golongan B40 dan M40 untuk memberi pandangan dan melawan apa-apa penindasan dan kezaliman terhadap rakyat golongan berikut.

Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan komitmen LHDN terhadap perjuangan yang aku telah perjuangkan sebelum ini melalui komuniti group LHDN Cari Siapa Hari Ini? diteruskan sampai bila-bila. Alhmdulillah, kami disambut dengan baik oleh pihak LHDN terutama CEO-nya.

Untuk pengetahuan korang yang baru-baru kenal aku. Sekitar 1-2 tahun lepas, aku telah bangkit melawan penindasan yang dilakukan oleh LHDN terhadap rakyat marhaen ketika era pandemik covid dan pasca covid. Ketika itu, CEO baru ini telah sanggup berjumpa dengan aku dan telah memberi komitmen untuk memastikan tiada kezaliman berlaku terhadap mana-mana pembayar cukai lagi.

Rujuk :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=235906758735479&id=106639804995509&mibextid=qC1gEa

Beliau telah membawa gagasan self compliance atau voluntary compliance yang mana lebih menekankan tanggungjawab, pendidikan dan kesedaran cukai (tax responsibility, education and awareness), dan beliau juga bersetuju dengan cadangan aku untuk mengadakan program “grooming” terhadap usahawan baru, anak muda dan startup selain program amnesty (pengampunan).

Disebabkan gagasan beliau, semenjak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan, aku sudah tidak mendengar lagi kisah-kisah kejam dan zalim terhadap rakyat marhaen. Mungkin ada, tapi sudah berkurang. Sahabat-sahabat aku juga ramai memberikan respond yang positif terhadap tingkahlaku pegawai LHDN pada tahun lepas. Kata mereka,

“Depa dah ok la bro. Takda dah macam dulu. Depa ajak bincang elok-elok.”

Kisah penindasan juga makin berkurangan di dalam group LHDN Cari Siapa Hari ini? Aku ini sentiasa memerhati. Korang kena ingat, bangsa kami ni bukan bangsa pelari cukai. Kami pembayar cukai. Kami hanya nak layanan yang baik, adil, saksama dan sedikit toleransi. Tapi kalau kau kapitalis jahat atau spisis yang suka flex tunjuk kaya, eloklah kau kena tax. Memang tau pun kau jenis nak kaya sendiri dan menunjuk. Aku sendiri akan mengecam golongan mereka itu dan bersama-sama dengan LHDN!

Dengan gagasan dan pendekatan CEO baru ini, LHDN mencapai sasaran kutipan tahun ini sebelum habis tahun. Nah, siapa kata kena guna kekerasan untuk mencapai sasaran? Pendekatan CEO baru ini telah membuktikan dengan toleransi yang tinggi, sasaran juga tetap tercapai tanpa perlu bergaduh dan berperang dengan pembayar cukai. Tax payers are not criminals kan? Aku mengharapkan LHDN akan kekal dengan pendekatan sebegini sampai bila-bila.

Ketika sesi perbincangan, Datuk CEO menegaskan yang dia bukanlah jenis yang suka melakukan hukuman atau punishment sebagai asas untuk menjalankan undang-undang. Beliau memilih jalan memberi kemaafan dan kerjasama untuk memastikan negara ini terus berjalan dengan baik. Teringat aku kata-kata Confucius,

“If the people be led by laws, and uniformity sought to be given them by punishments, they will try to avoid the punishment, but have no sense of shame. If they be led by virtue, and uniformity sought to be given them by the rules of propriety, they will have the sense of shame, and moreover will become good.”

Beliau juga secara terbuka memohon maaf di atas segala tindakan pegawai-pegawainya yang menyebabkan rakyat marhaen terguris dan menjadi takut berjumpa dengan pegawai LHDN sebelum ini. Beliau memohon kerjasama kita semua untuk memberikan teguran dan terus menyokong gagasannya untuk menjadikan imej LHDN bukan lagi lembaga hitam yang ditakuti tetapi lembaga hidup yang menjadi kawan sebagaimana buku tulisan Buya Hamka, Lembaga Hidup.

Aku telah memohon jasa baik CEO untuk menyokong usaha PuMA untuk “groom” orang muda, usahawa muda, sme dan startup ke arah menjadi usahawan yang membayar cukai dan mewujudkan business future yang lebih baik. Kita kena faham, bila kita membayar cukai, nama kita baik. Bank akan pandang, agensi kerajaan kena hargai. Kita jadi wira negara. Datuk CEO menjawab,

“InsyaAllah, I will lead this initiative and make sure LHDN facilitate the program. You guys are the future of this nation, even my kids akan dijaga oleh generasi awak..”

So, kawan-kawan sekalian, nanti aku buat program dengan LHDN korang kena datang, support dan jayakan. Jangan takut dah. Jangan lari. PuMA ada menjaga anda. Kita sama-sama bangunkan negara, jadi wira negara yang steady. Bukan memekak saja.

Sebelum kami pulang, aku sempat bertanya tentang isu pegawai kontrak yang sudah dilaporkan kepada aku beberapa hari yang lalu. Jadi, aku tolonglah bertanya untuk mendengar sendiri daripada pihak LHDN. Nak tau? Kisahnya akan bersambung nanti.

Anyway, kita sama-sama berdoa buat Datuk CEO dan pegawai-pegawai LHDN untuk terus menjalankan amanah dengan baik dan meneruskan gagasan yang lebih segar dan mesra rakyat. Kita juga berharap LHDN bersama-sama rakyat dan rakyat juga akan berganding bahu dengan LHDN untuk memastikan negara bertuah ini terus mekar maju dan serta aman damai.

Sebelum kami pulang, Datuk CEO payung kami makan nasi bungkus ayam penyet. Beliau siap berseloroh lagi,

“Ni saya belanja pakai duit saya sendiri tau, bukan duit rakyat..”

Ps : Kisah pegawai kontrak jam 5.30pm.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.