ISU PEGAWAI KONTRAK LHDN YANG DITAMATKAN KONTAK – INI PANDANGAN AKU..

I

Aku telah bertanya sendiri dengan Datuk CEO pada pertemuan tempoh hari tentang hal tersebut. Aku mula-mula malas nak tanya sebab pada aku, dah nama kerja kontrak, from the very beginning pun kita dah patut tau ia bukan kerja tetap. Sampai masa majikan dah capai matlamat dia, kontrak mungkin sudah tak disambung.

Tapi dah ramai orang mesej aku minta aku komen. Alang-alang aku jumpa boss LHDN, aku pun tanyalah cerita sebenar isu ini. At least aku tabaiyun dan tatsabbut sendiri daripada boss mereka sendiri. Aku pun majikan, aku faham je naratif pekerja kadang-kadang diputar untuk menyebelahi pihak mereka. Kebenaran itu kekal kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan.

Menurut Datuk CEO, program pegawai kontrak ini sudah hampir lebih kurang 10 tahun. Ketika itu mereka ini diperlukan untuk mengatasi masalah inenfficiency (ketidakcekapan) dan limitasi sistem pada waktu itu. Sebenarnya, program tersebut patut ditamatkan beberapa tahun lepas setelah sistem dan penstrukturan semula dilakukan.

Tetapi pihak LHDN memilih untuk meneruskan sehingga 31/12/2022 untuk memberi ruang kepada mereka menggunakan pengalaman dan latihan selama ini untuk membina kerjaya yang lebih baik demi masa depan mereka. Notis ini mereka sudah tahu sejak awal lagi. Ia kontrak bukan tetap.

LHDN juga telah menyerap masuk pegawai kontrak yang cemerlang dan mempunyai sijil pendidikan yang baik sebagai pegawai tetap seramai hampir 600 orang. Manakala selebih telah diadakan program temuduga dengan Perkeso untuk kebaikan masa depan mereka.

Kata Datuk CEO,
“Saya tak sanggup melihat pegawai kontrak ini terus kekal dalam keadaan sekarang ini. Ia umpama slavery kerana selepas 3-5 tahun mereka akan kekal dengan gaji sebanyak itu. Dalam masa yang sama, saya juga tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk expenses yang redundant untuk kerja yang sama. Yang mana pegawai tetap boleh buat sendiri dan kita dah bangunkan sistem yang lebih cekap. Saya kena berlaku adil kepada semua pihak.”

“Saya telah serahkan hal pekerja kontrak ini kepada pihak MOF dan YB menteri. Jika saya diarahkan untuk meneruskan program pekerja kontrak ini, mereka takkan buat kerja yang sama lagi dah. Saya akan cuba create value yang lebih baik kepada mereka.”

Mendengar pendirian Datuk CEO, aku sangat faham yang beliau mungkin tersepit diantara kemanusiaan dan integriti menjaga institusi kerajaan yang menjaga duit rakyat. Dalam masa yang sama juga nak berlaku adil terhadap pegawai kontrak yang telah berusaha keras sehingga berjaya diserap masuk sebagai pegawai tetap.

Tetapi melihat jiwa besar beliau yang sanggup berfikir untuk mencari ruang dan tempat jika untuk 1000 orang pekerja kontrak yang mohon untuk disambungkan kontrak mereka membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat progresif dan proaktif untuk memastikan pegawai kontrak yang disambungkan kontrak di zamannya lebih ada nilai.

Tabaiyun aku tidaklah sekadar di peringkat CEO sahaja, aku juga bertanya kepada beberapa pegawai LHDN yang pada aku sangat mu’tadil dan berprinsip. Mereka inilah orang dalam yang sentiasa menyokong aku dari dalam. Kata mereka,

“Bro, kau rasa kalau diorang tu bagus diorang tak diserapkan ke? Dalam masa 10 tahun sudah pasti diorang dah datang interview beberapa kali untuk menjadi pegawai tetap. Diorang berharap dapat masuk dengan diserap terus walhal diorang tu tak perform pun.”

“Kau tau tak ada budak-budak kontrak tempat aku ni, aku suruh sambung belajar, untuk dapatkan peluang yang lebih besar, pun taknak. Dia sanggup tunggu jadi pegawai sokongan jadi macai kepada pegawai tetap.”

“Ada yang aku suruh jadi tax agent atau tax broker since diorang dah ada connection dekat dalam pun taknak. Kau fahamlah kan kalau kau dah staff kontrak ni, memang jadi kuda jelah. Itu yang ada pegawai tetap yang tak setuju bila pegawai kontrak ni dah tak disambung. Diorang sedih hilang kuda Diorang selama ni macam tuan!”

Yang lebih menarik, seorang sahabat yang juga mantan pegawai senior LHDN yang kini menjadi tax agent berpengalaman cakap kat aku macam ni.

“Kau kena tahu Lep, yang pegawai-pegawai LHDN yang kerap buat hal, angkat telefon kurang ajar semua tu kebanyakannya yang kontrak nilah. Bro, kau pun tahu kalau diorang perform, mesti orang kutip sebab diorang relevan. Yang tinggal ni semua dah tak relevan. Itu pun Nizom (CEO) masih serba salah. Contract is contract bro. LHDN bukan buat welfare. Sampai bila diorang nak duk situ atas dasar kasihan?”

“Lagi satu bro aku nak kasitau, yang mamat nama Azan Ismail (PKR Terengganu) yang memekak tu tax agent juga bro. Bukan nak mileage saja sebagai orang politik. Mungkin dia nak tekan Nizom supaya kawan dia naik jadi CEO, senang dia buat kerja. Aku taulah siapa member dia kat atas tu..”

“Isu ini sepatutnya bukan isu politik lah. Ini isu pengurusan kecekapan, penjimatan dan keadilan. Apa guna LHDN bangunkan sistem canggih-canggih, mahal-mahal, tapi masih nak pakai orang ramai-ramai? Nak buat apa orang ramai-ramai tu? Termenung? Kalau atas alasan nak bagi peluang pekerjaan, kerajaan memang kena hentikan pembangunan sistem. Pakai je manual. Biar negara terus mundur. Suruh kastam, polis, imigresen semua go back to manual, then hire more staff!”

Setelah mendengar pandangan-pandangan dan penjelasan-penjelasan daripada pihak-pihak yang ada kaitan dengan situasai dan isu ini, aku berpandangan memang wajar pegawai-pegawai kontrak ini tidak disambung kontraknya. Hujah-hujah aku seperti berikut.

1. Asas kerja kontrak sememangnya begitu. Sampai masa kontrak habis.
2. Memang kecekapan teknologi akan menggantikan kecekapan manusia.
3. Jika kita cemerlang, sudah tentu kita akan diambil.
4. Budaya berharap diserap masuk adalah budaya yang tidak sihat. Bukankah kita sering bercakap soal merit?
5. Sampai bila kerajaan perlu menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik?
6. Dasar digitalisasi negara ibarat defeat the purpose jika kerajaan masih terpaksa menggunakan tenaga manusia yang berlebihan.
7. Aku difahamkan LHDN telah approach Perkeso untuk melakukan temuduga bersama MyFutureJobs dan sejumlah 59 orang telah mendapat tempat.
8. Kutipan cukai tidak wajar dibelanja untuk perkara yang tidak diperlukan. Bukan itu matlamat dan asas kutipan cukai.
9. Terdapat banyak lagi tempat yang sangat memerlukan pekerja. Kawan-kawan aku ramai yang mengeluh tiada orang nak kerja.
10. Syarikat-syarikat aku pun memerlukan tenaga kerja tempatan yang baik. Boleh hantar cv korang ke [email protected]. Tulis sikit apa skill yang korang ada.

Kesimpulannya, jadilah insan dan pekerja yang baik, progresif dan rajin. Kalau kita bagus, ke mana kita pergi, kita akan laku. Kena ingat baik-baik, rezeki itu daripada Allah, bukan daripada LHDN. Bumi Allah itu luas. Kenapa nak disempitkan hanya di LHDN?

Aku sebagai pembayar cukai, tidak redha sama sekali duit cukai aku dibazirkan untuk perkara yang sia-sia dan ada unsur politik.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.