OKT PENDERA ADIK BELLA AKAN MASUK KAMAR PERTUDUHAN HARI INI..

O

Setelah bermacam-macam drama dan alasan untuk menafikan keadilan kepada adik Bella, akhirnya semuanya telah terjawab. Doa kita semua maqbul. Walaupun kita semua tidak disokong Toqqi, PPIM dan pejuang ummah Vietnam.

Sepatutnya Siti Bainun patut memberi persaksian bulan lepas lagi. Tetapi, pihak pembelaan membuat permohonan membantah keputusan prima facie tersebut.

Walaupun hakim telah menolak permohonan tersebut, Siti Bainun tiba-tiba bagi sijil cuti sakit selama 22 hari untuk menangguhkan perbicaraan. Walaupun mc itu diragui dan bermacam-macam spekulasi, mahkamah ditangguhkan. Drama kan?

Pihak pembelaan juga dilaporkan membuat rayuan ke atas keputusan prima facie di mahkamah tinggi untuk mencabar keputusan hakim. Jumaat lalu, ia ditolak. Mereka juga membuat permohonan untuk memanggil balik saksi pendakwaan. Dah tak puas ke masa cross saksi pendakwaan itu hari?

Katanya ada lagi rayuan sampai hakim tegur mereka. Nampak sangat taktik nak delay-kan perbicaraan. Maka jelaslah kempen pejuang ummah Vietnam yang disokong PPIM dan Toqqi hanyalah retorik dan pembohongan semata-semata. Almaklumlah, pejuang ummah itu penganggur yang tiada pekerjaan tetap.

Jadi hari ini Siti Bainun akan masuk kamar saksi memberi keterangan setelah segala usaha nak men-delay-kan perbicaraan dicuba. Aku hairan kenapa nak takut? Kalau kita tak bersalah, kita mesti bersemangat nak bercerita tentang kebenaran.

Tengok Kakanda aku, Mommy Zue, dia menjadu saksi pendakwaan pertama walaupun tiada pengalaman dalam kamar. Memang ada sedikit sebanyak flaws. Tapi itu normal sebagai manusia. Kalau perfect sangat nampak scripted. Tapi apa yang aku nak sampaikan, dia berani.

Tahap dia punya berani, dia cabar Zaki untuk berdebat dengan dia untuk kes Bella. Tapi dikhabarkan Zaki lari menyorok di bawah ketiak peguam kepam dan Siti Bainun.

Jadi, Siti Bainun sepatutnya teruja untuk memberikan keterangan. Kenapa nak bermain game delay? Dalam hidup ni, delay yang disunatkan hanyalah di atas katil untuk membuktikan kita power.

Tapi, delay untuk ke mahkamah ni nampak agak loser lah!

Korang masih bersama Bella ke Benon?

#JusticeForBella

https://www.facebook.com/watch/?v=1192097141701670

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.