DRMAZA PERNAH BERKATA,“AIK, LAIN AGAMA HANG BAWA!”

D

Terkejut aku apabila terbaca ada makcik mantan seorang guru yang kata mungumpat itu dibolehkan. Jangan memfitnah sahaja. Fitnah tak boleh.

Makcik itu bertudung dan bernama Melayu. Ditulis dia seorang pesara guru. Dia juga memberikan statistik yang entah dapat daripada jabatan statistik mana entah.

Katanya 80% pekerja mengumpat boss/majikan!

Mungkin ketika dia menjadi guru, dia kaki mengumpat penolong kanan dan pengetua/guru besar. Makcik memang steady! Tapi kerja kerajaan no issue, sebab sekolah tu takda owner. Takda tauke!

Dahsyat, adakah disebabkan majoriti pekerja kaki ngumpat boss maka perbuatan mengumpat boss boleh di-normalize-kan? Dihalalkan? Dianjurkan?

Walhal, agama Islam mengharamkan perbuatan mengumpat dengan jelas di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT :
‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
(al-Hujurat:12)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Jika 80% itu benar, aku tak faham kenapa diorang memilih untuk hidup sebagai toksik dan dalam toksik. Kenapa tidak dipilih menjadi sebahagian daripada 20% yang baik itu?

Aku tak pernah terfikir yang mengumpat menjadi normal untuk pekerja. Aku juga pernah menjadi pekerja. Aku tak pernah kutuk boss aku atau mengumpat mereka. Aku hanya berentap dalam meeting.

Jika cadangan aku diterima. Aku ucap nauzubillah, la haula wala quwwata illa billah. Aku takut cadangan aku akan gagal dan merugikan syarikat. Jika cadangan aku ditolak, aku ucap alhamdulillah. Aku taat arahan boss aku dan mesyuarat. Jika gagal, aku selamat.

Yang pasti aku dah usaha berentap dalam meeting untuk mengangkat idea dan kerja aku. Dia majikan, dia boss, duit dia. Apa-apa jadi dia yang tanggu atas arahan dan keputusan dia. Aku sebagai kuli dah buat yang terbaik untuk memastikn gaji aku halal.

Ada tempat yang aku bergaduh dengan boss aku. Aku tak puas hati. Aku resign je. Tapi aku tak jadi toksik mengumpat dia. Aku resign, aku chow. Dia boss, itu tempat dia. Dia lagi tau apa dia nak buat dengan company dia. Akulah kena angkat kaki pergi jika aku tak setuju.

Budaya mengumpat boss/majikan ni budaya toksik yang tidak baik untuk pekerja, tidak baik untuk syarikat. Adakah gaji yang kita dapat itu dibayar untuk megumpat majikan? Banyak sangat ke masa terluang?

Aku taktau korang macam mana. Pada aku agama aku larang mengumpat. Sebagai seorang pekerja, aku tak mengumpat boss aku. Aku tak puas hati, aku resign saja secara profesional. Sebagai majikan, aku tak suka budaya toksik ini ada. Kenapa kau nak duduk dalam kapal aku kalau kau tak suka aku.

Betul tak? Tapi kalau masih kata mengumpat boss boleh, apa yang aku boleh kata,

“Aik, lain agama hang bawa!”

😉

ps : Mengumpat boss yang dibolehkan adalah di pejabat buruh, KWSP, SOCSO, kepada peguam dan kepada hakim.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.