Keguruan beretika

K

Semalam, gua direzekikan bertemu dengan Prof. Emeritus Abdul Rahman Md. Aroff. Sambil-sambil bersembang kami dengar berita-berita keputusan pemilihan Umno.

Gua persetankan saja Umno, pulang ke rumah, gua khatamkan buku beliau. Untuk pertama kali gua tak rasa berat membaca buku ahli falsafah. Setel!

Dalam buku beliau, walaupun menceritakan tentang keguruan beretika, ada bab yang menceritakan tentang kempimpinan yang memudaratkan keguruan beretika.

Guru berasa tertekan disebabkan sikap dan moral pentadbir sekolah. Apabila guru tertekan, maka etika guru kepada murid juga akan terkena kesan sampingan.

Bila melihat Zahid Hamidi menang, gua lihat pula ketua-ketua bahagian masih dimenangi oleh warlord-warlord Umno. Jelas isu moral Umno bukan sekadar di barisan kepimpinan.

Maka, gua isytiharkan yang Umno patut ditanam. Ditanam hidup-hidup, dalam-dalam. Biar korek-korek pun takkan jumpa. Kalau terjumpa balik pun, hanya baju berwarna merah yang sudah reput.

Ya, kali ini Umno patut dihukum kerana ahli-ahlinya. Dihukum kerana salah mereka. Dahulunya, mereka kata bukan salah akar umbi, bukan salah parti. Tapi kali ini salah siapa?

Siapa yang memberi undi kepada Jamal? Siapa yang masih menyokong ketua-ketua bahagian yang lama? Akar umbi! Siapa yang menyokong Zahid Hamidi? Majoriti akar umbi!

Apa? Main duit? Mana jati diri akar umbi? Jadi jelaslah akar umbi Umno takda beza dengan kepimpinan. Takda beza sama sekali. Takda penerima, takda pemberi!

Ataupun memang jelaslah, dari kepimpinan sampai ke akar umbi dipenuhi dengan golongan sampah, korup dan kotor yang tidak mahu kepada perubahan. Maka biarlah mereka ditanam supaya bau busuk itu tidak mencemarkan alam sekitar.

Mari sama-sama kita jadi guru mengajar Umno!

Kah kah kah!

ps : Buku ni sepatutnya dibaca oleh Zamir. Mungkin dia dah baca. cc: Fdaus Ahmad.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.