KENAPA LEBAI SENANG MENIPU DALAM JUALAN AGAMA?

K

1. Masyarakat nak murah dalam menunaikan agama. Walhal kalau tak mampu tak perlu buat.
Contoh : Nak buat korban murah, aqiqah murah. Buat di luar negara. Nak infaq telaga air murah, buat di luar negara. Nak bersedekah, sedekah ke luar negara. Itu yang nak badal umrah ke haji, cari yang murah.

2. Masyarakat tidak rasional dan berfikir secara logik.
Contoh : Cost pergi permit haji RM15k, tapi ada lebai jual RM2,900 dia percaya. Takkanlah kita nak buat haji sendiri kena kumpul sampai RM15k, tapi bila upah orang jadi lagi murah? Rasional tak? Logik tak?

3. Jahil agama dan in-denial.
Tidak ramai dalam dunia ni yang sanggup admit dia kena scam dengan lebai. Biasanya dia in-denial dan cuba memberi justifikasi.
Contoh : Apabila harga jualan badal haji itu tidak logik. Dia akan cakap, mungkin bawa 2-3 nama sekali 1 haji. Dia tak terfikir kenapa tak bawa sekali 500 nama, senang cerita. Kan?

4. Taasub lebai.
Orang kita memang lemah apabila seseorang untuk mengguna pakai gelaran ustaz. Itu sebab ramai scammer agama menggunakan gelaran ustaz. Mereka mudah percaya dengab kaum ini. Walhal inilah kaum yang paling korup sejak zaman berzaman. Itulah sebabnya dalam usul #MindaSkeptikal, kaum ini aku letak no1. Rujuk :
https://www.facebook.com/100070482068557/posts/198777932481608/?mibextid=cr9u03

5. Tidak melawan dan redha.
Apabila hujah telah ditegakkan. Dia sudah mengakui dia terkena scam. Dia akan menggunakan ayat yang diajar oleh kaum lebai.

“Takpalah. Kalau diorang tipu, diorang tanggung. Aku dengan tuhan dah setel..”

Begitulah umat dibodoh-bodohkan oleh sebahagian kaum lebai. Belajar tinggi, konon liberal, kena dengan lebai, tadah saja air kencing scam diorang.

Padanlah, Karl Marx pernah mengungkap frasa kata yang cukup legend,
“Agama adalah candu kepada masyarakat..”

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.