UPAH HAJI RM2,900?!! BENARKAH?

U

1. Ustaz Tido ini bukan seorang ustaz. Dia bukan graduan atau santri dalam pengajian agama. Menggunakan gelaran Ustaz adalah marketing untuk dia cari makan collect dana.

2. Siap tekan ads! Wow! Serius nampaknya projek ini. Berapa margin dapat?

3. NGO milik lebai ini tidak pernah buat open audit yang dibentangkan kepada public.

4. Menurut Tabung Haji, kos permit untuk masuk ke Arafah sahaja bernilai SR12,000 (RM14,000) sekarang. Dulu lebih kurang SR2,900 (RM2500). Belum campur upah orang buatkan haji lagi kan?

5. Jadi harga RM2,900 ni agak tidak logik melainkan mereka masuk ke Arafah secara haram. Barang-barang free gift tu marketing nak kasi korang stim dan rasa dah selesai. Hakikatnya benarkah mereka berjaya?

6. Kalau tak boleh masuk Arafah, diorang wukuf pakai pakai wifi? Bluetooth? Video call? Menyelit-nyelit secara haram? 500 ramai oi. Ini baru pakej dari puak ni. Pakej puak lain lagi? Takkan buat haji pun nak kautim tepi?

Apabila posting ini ditunjukkan kepada aku. Aku sangat sangat doubtful. #MindaSkeptikal turn on. Aku nasihatkan korang berhati-hati dengan segala penjualan pakej-pakej agama yang too good to be true. Lebih-lebih lagi individu yang promote pakej tersebut tidak melepasi piawaian integriti yang aku tetapkan.

Orang yang nak percaya, silakan..

Aku secara peribadi meragui pakej ini..

Ini pandangan aku. Orang normal menurut Acik. Korang kalau abnormal, korang mesti sokong penghina Nabi SAW! Kan?Eh!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.