Fiqh Puasa

F

Merokok/vaping membatalkan puasa atau tidak?

Puasa terbatal disebabkan beberapa perkara berdalilkan Quran dan Sunnah.

1. Makan dan minum.
2. Jimak.
3. Murtad.

Jadi, dimanakah merokok ini diqiyaskan?

1. Makan dan minum?

Merokok tidak mengenyangkan, tidak juga menghilangkan dahaga. Ada yang kata memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka. Ya, sesuatu yang bersifat solid, cecair atau gas? Jika gas juga dikira, maka penggunaan puffer juga membatalkan puasa.

2. Jimak?

Mendapatkan kepuasan batin? Terdapat pandangan yang mengeluarkan mani tidak membatalkan puasa. Lagipun, merokok memasukkan sifat gas, bukan mengeluarkan sesuatu.

3. Murtad.

Jika anda memegang pandangan hisap rokok jatuh murtad, maka ia batal.

Hukum fiqh itu sifatnya jelas. Jika tidak ia masih terbuka kepada perbincangan maka hukumnya masih khilaf.

Jika ijma’ sekalipun, ijma’ boleh dilanggar menurut ajaran DrMaza tambahan pula kerana tiada dalil yang jelas.

Tidak seperti ajaran DrMaza menolak ijma’ rejam, kerana hukum rejam mempunyai dalil yang jelas tanpa khilaf sejak kurun salaf lagi.

Sekian.

#FiqhLiberalKomunis

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.