INILAH MASALAH ORANG MABUK KE TAK FAHAM BAHASA MELAYU..

I

Ini Macha, sahabat lama aku. Siang semalam aku ingat dia mabuk. Rupa-rupanya dia tak faham Bahasa Melayu. Inilah masalah sistem pendidikan negara. Ramai bukan Melayu gagal bercakap Bahasa Melayu dengan baik. Lagi-lagi nak faham konteks penyampaian Bahasa Melayu yang simple.

Yang pasti, dia bukan majikan. Dia tak pernah jadi majikan. Itu sebab dia melalut. Dia tak faham realiti orang business. Dia berteori dan bercakap sesuka hati. Dia gagal faham Bahasa Melayu yang simple tentang ke-struggle-an usahawan-usahawan SME dan STARTUP.

Alhamdulillah. Majoriti faham apa yang aku tulis, apa yang aku sampaikan. Apa yang aku ceritakan. Isu asalnya adalah nak jadi majikan ini susah, nak dapat pekerja yang baik tak senang. Itu sahaja. Simple. Takda siapa nafikan HR dan segala flow-SOP HR. Aku sendiri pun ada HR department.

Yang kami nak belajar ni, bagaimana diorang apply, diorang manage dan diorang implement teori tersebut untuk dapatkan pekerja atau hasilkan pekerja yang baik. Itu sahaja. Kerana kami, usahawan-usahawan STARTUP dan SME tahu, ia tak mudah. Ramai yang cakap tu bukn majikan. Atau sembang je. Paling tidak pun hanya level micro yang dia sorang-sorang dengan 2-3 pekerja, tiada office dan komitmen rendah.

Tapi takpa. Aku cerita realiti sebenar.

Aku nak ceritalah. Usahawan SME dan STARTUP ni, masa bermula, Si owner tula CEO, dialah CFO, dialah COO, dialah HR, dia juga lah GM. Dia juga driver, dia juga salesman. Masa itu, misi utama adalah untuk survive, staff semua dapat gaji. Dalam masa yang sama mereka cuba untuk ikut law. Memang struggle. Unless mereka bermula dengan modal daripada Mengah Holdings.

Setelah dah ada sales dan client. Mereka akan mula buat team untuk kurangkan beban masa dan kerja mereka. Bila team bertambah, harapannya sales makin naik dan operation semakin smooth. Malangnya tidak. Kerana apa? Kerana mereka kena hadap masalah pekerja pula. Ketika sales tengah banyak, mungkin takda masalah. Tapi, ketika business tengah down?

Yelah, realiti berniaga ni ada pasang surut. Ada untung rugi. Macam sekarang ni. SME dgn Startup company tengah struggle. Masa tengah sales banyak, mungkin banyak perkara boleh pejam mata. Bila sales drop. Banyaklah isu. Especially isu cashflow. Sudah pasti majikan akan mula kejar efficiency dan productivity.

Dalam business ni, either kita naikkan sales, tinggikan profit atau kita cut cost, naikkan efficiency. Itu sebab aku cakap, orang yang takda company, tak buka business sendiri dengan duit sendiri, dia takkan faham. Dia mungkin boleh berteori-teori, berteka-teki. Buat assumption.

Bak kata guru kami yang mulia,
“Assume is ASS YOU & ME!”

Anyway, bukan takda dalam dunia ni pekerja yang baik dan bagus. Ada. Aku pun ada beberapa orang. Yang baik, yang rajin dan yang loyal. Pasti ada. Tapi sangat rare. Yang mengarut, merepek, pemalas dan selfish ni melambak yang datang. Hire dan sack ni pun costly. Cost masa adalah yang paling utama. Masa ni segala teori HR usahawan akan apply. Macam aku sebut, theory is always a theory.

So, aku cabar mana-mana yang konon terer berteori tapi masih belum ada company dan business yang proper. Do it. InsyaAllah, korang akan faham dengan kebenaran dan keperitan ini. Tapi kalau sekadar nak gebang. Biasalah, sembang ini babi pun bisa fly..

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.