KENANGAN RAYA ZAMAN DULU-DULU..

K

Mungkin budak-budak zaman sekarang tak pernah merasa hiruk pikul dan element of surprise hari raya. Maklumlah, lately kita raya ikut kalender kuda.

Dulu-dulu, kami akan tunggu di depan tv analog electron gun 14 inchi. Zaman tu mungkin 21 inchi kot paling besar. Ada 2 keadaan raya, sampai kampung pada 29 Ramadhan, atau balik kampung malam raya. Aku nak cerita pasal raya di kampung.

Penantian kami esok hari raya. Sebab malas nak puasa dah. Pengharapan nenek, opah, atok, mak dan ayah adalah esok masih puasa. Ketika itu, kami tak faham kenapa mereka berharap esok tak raya. Rupanya, mareka nak buy time. Itu saja.

Tapi element of surprise inilah yang menyebabkan hari raya menjadi interesting. Apabila esok diumumkan raya, kami gang kanak-kanak akan bergembira. Kami nyanyi lagu “esok hari raya, esok hari raya..”

Opah aku akan terus setting strategy, tugas akan diberikan. Siapa jaga lemang, siapa buat ketupat, siapa jaga rendang, siapa jaga dodol. Kami anak-anak kecil akan keluar menangkap ayam kampung. Sembelih dan setting api.

Yang perempuan akan merewang, potong-potong dan anyam ketupat. Yang laki akan parut kelapa dan buat santan. Dodol dah mula dikacau. Biasanya, malam raya adalah malam tak tidur. Kalau ada cousin yang Mat Pet, dia akan jadi peneman setia sepanjang malam. Maklumlah, dia dah masuk alam.

Sambil-sambil rebus ketupat, sambil-sambil bakar lemang, sambil-sambil kacau dodol, sambil-sambil masak rendang, kami akan main teka teki, kucipang, main mercun dan masa tulah belajar hisap rokok daun. Ohya, kita masak pakai kayu api tau! Sambil-sambil tu, kita makan apa kita masak.

Sebelum Subuh, mandi ramai-ramai dengan cousin-cousin, sepupu sepapat dengan air perigi atau kolah. Best wo! Lepas tu pakai baju raya, standby nak pergi masjid. Lepas solat raya, salam-salam, collect duit raya, dan makan lagi. Masa tulah kau tengok pakcik atau makcik derhaka yang but drama salam nangis-nangis.

Setelah itu, kalau rajin pusing kampung cari duit raya. Kalau malas stay rumah tengok sarkis. Kalau tak, baca majalah Ujang bumper raya ramai-ramai dengan saudara mara. Masa orang KL bawa balik Gameboy, sembang KL. Dialah sepupu paling popular.

Begitulah hari raya dulu-dulu di kampung..

Aku sebenarnya suka element of surprise tunggu hari raya. Itulah saat yang best zaman aku muda-muda dulu. Bila aku dah dewasa, jadi bapak, aku faham kenapa orang tua tak suka raya esok. Sebab diorang tak sedia lagi.

Korang harap esok raya ke tidak?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.