FALAKIYUN RAYA ESOK!

F

Sahabat-sahabat falakiyun (ahli falak) kecewa kerana majoriti umat Islam akan beraya lusa. Kalau di Malaysia, kemenangan kembali kepada kalendar kuda selepas tewas tahun lalu.

Seperti yang aku telah tulis sebelum ini bagaimana ru’yatul hilal dibuat dan perbezaan pandangan. Rujuk sini :
https://www.facebook.com/100070482068557/posts/267024178990316/

Dan tahun ni Muhammadiyah di Indonesia, telah mengumumkan 1 Syawal pada hari esok. Pandangan mereka berdasar metod dan syarat yang mereka anuti. Berbeza dengan pemerintah Indonesia, Majlis Ulama’ Indonesia, (MUI), MABIMS, NU (Nadhwatul Ulama’) dan Malaysia.

Mungkin ramai yang terfikir, kenapa tidakdigunakan sahaja metod falak supaya kita boleh menetapkan hari raya lebih awal dan umat Islam boleh merancang dengan baik. Nampak macam sangat logik kan?

Tetapi sebenarnya, agama Islam ni sangat pratikal untuk semua orang. Tidak perlu belajar ilmu falak, tidak perlu bergantung dengan ilmu falak. Sesuai dengan hadis Nabi SAW,
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ
“Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan).
[HR Bukhari (1909) dan Muslim (1081)]

Maka, sesiapa sahaja boleh mengamalkan Islam. Badwi padang pasir boleh, pelayar di lautan pun boleh. Sesiapa sahaja. Tiada keperluan duduk menjadi peramal bintang-bintang dan penunggu di balai cerap. Sangat praktikal untuk semua orang.

Ilmu falak itu sudah wujud sebelum zaman Nabi SAW lagi. Dikatakan di zaman Nabi SAW sudah wujud beberapa ahli falak handalan daripada kaum Yahudi. Yelah, memang direkodkan dalam sejarah yang ilmu falak ini popular sejak zaman awal Bani Israel lagi.

Nabi SAW tetap tidak mengiktiraf ilmu falak milik mereka. Bahkan solusi lain Nabi SAW sebutkan adalah dengan berhari raya dengan pemerintah. Ikut sahaja arahan pemerintah.

Apa nak pening-pening?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.