SIAPAKAH PENYONDOL MENURUT ISLAM?

S

Hari ini, ramai orang telah menggunakan istilah penyondol kepada wanita yang dikatakan mengorat suami orang. Penyondol ini juga dipanggil perampas, pencuri, dan peruntuh masjid. Adakah definisi itu benar menurut agama Islam?

Untuk menjawab persoalan ini, kita kena sama-sama bersetuju yang kita berkahwin adalah disebabkan suruhan agama. Jika bukan sebab agama, kita tidak perlu bernikah. Kita hanya ber-partner atau ber-de facto. Macam Cristiano Ronaldo.

Betul tak?

Disebabkan agama melarang kita bersekedudukan dengan bukan mahram, maka kita dianjurkan untuk berkahwin menurut ajaran Islam.

Setuju?

Maka, kita kena sama-sama bersetuju yang kita berhukum dalam hal-hal rumah tangga dan perkahwinan adalah menurut petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Jadi, definisi yang patut kita sama-sama gunakan adalah definisi menurut agama kita, bukan mengikut hawa nafsu kita.

Jadi, apakah hukum seseorang wanita yang tidak bersuami berkenalan (taaruf) atau berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin? Adakah wanita itu seorang penyondol?

Soalan ini perlu dijawab dengan apakah hukum lelaki berkahwin lebih daripada satu terlebih dahulu. Adakah ia haram?

Jawabnya tidak. Kerana agama membenarkan seseorang lelaki muslim untuk berkahwin dengan lebih dari 1 isteri sehingga 4 orang isteri.

Jika bernikah seorang lagi tidak haram. Maka tidak haram juga perbuatan berkenal-kenalan dengan suami orang. Begitu juga tindakan seorang wanita yang single yang berminat dengan suami orang atau mahu berkahwin dengan suami orang.

Apabila ia tidak haram. Kenapa ia perlu diberi konotasi negatif? Anas RA menceritakan bahawa seorang wanita telah berkata kepada Nabi SAW,
“Adakah kau mahukan aku menjadi isterimu?”

Yang lebih menarik, anak perempuan Anas bersikap dan berfikiran hampir sama dengan kebanyakan perempuan zaman ini. Komentar seperti berikut,
“Kenapa dengan perempuan ini, tidakkah dia punya perasaan malu melamar sebegitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri?”

Anas menjawab,
“Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam bab “Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh”.

Jika hendak berkahwin dengan suami orang itu dianggap jahat dan penyondol, kenapa Anas memuji wanita tersebut. Bahkan Nabi SAW tidak menghina wanita tersebut pun. Siapa berani menghina sahabiyah tersebut? Semoga Allah melaknat orang yang menghina para sahabat dan sahabiyah Nabi SAW!

Abu Bakar RA dan Umar RA juga menawarkan dan mengahwinkan anak mereka dengan Nabi SAW yang sudah beristeri. Rasanya, mungkin Abu Bakar dan Umar akan dipanggil penyondol jika hidup pada zaman ini atau broker penyondol jika menggunakn definisi orang kita yang terbaru ni.

Dan mungkin Nabi SAW juga akan ditolak atau dipanggil penyondol (atau broker penyondol) kerana mengahwinkan sahabat-sahabatnya dengan wanita-wanita Ansar ketika mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Antaranya Abu Bakar dikahwinkan dengan Habibah binti Kharijah. Sedangkan para sahabat Nabi SAW ketika itu sudah punya isteri daripada Mekah.

Jika dilihat agama ini melalui amalan dan sejarah yang Nabi SAW tunjuk dan tinggalkan. Maka, definisi penyondol yang kita pakai hari ini mungkin tidak berapa tepat. Maka, apakah yang dimaksudkan penyondol yang lebih tepat menurut agama Islam yang benar.

Penyondol yang sebenar menurut syarak adalah perempuan yang mengorat suami orang, kemudian menyuruh lelaki itu meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Kemudian menghasut untuk tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Perbuatan tersebut yang haram di sisi agama Islam.

Jika ada perempuan yang single nak kahwin dengan suami korang, patut korang rasa bangga. Mungkin laki korang awesome. MUNGKIN tau! Yelah, nak cari laki awesome zaman ni kan rare. Yang loser mana berani nak kahwin lagi. Kan?

Lagi yang haram adalah dia ngorat lelaki yang dah cukup kuota, atau lelaki mengorat bini orang. Jadi buat wanita-wanita awesome di luar sana, jangan takut nak mengorat lelaki awesome. Ia tidak haram bahkan ia usaha yang baik mendapatkan lelaki awesome. Hakikatnya, lelaki awesome ni biasanya dah dimiliki. Kan?

Boleh rujuk penerangan 2 orang tokoh di bawah ini tentang penyondol.

😉

ps : Hanya suami dan lelaki yang awesome akan share posting ini. 😜

https://www.facebook.com/watch/?v=2311471572366255

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.