Kalau ikut sifir dan equation wanita Malaysia Hari Ini, pakcik ini sangat loser.
Kenapa?
1. Tiada masa dengan family.
2. Tidak tolong isteri buat kerja rumah.
3. Tidak tolong isteri jaga anak, kemas rumah, memasak dan hantar anak ke sekolah.
4. Tidak menjaga keselamatan family.
5. Melepaskan seluruh tanggungjawab menjaga anak-anak kepada isteri.
6. Tidak menjaga mak ayah, adik beradik sendiri, mentua dan ipar duai.
7. Tidak bawa keluarga pergi shopping dan vacation.
8. Tidak belikan isterinya Luis Vuiton, Prada, Channel, Bijan etc.
9. Tiada semasa anak-anaknya convo, terima anugerah dan hari sukan.
10. Hanya tahu buat anak, taknak jaga anak.
11. Nafkah batin isteri mana?
Adakah di mata isteri dan anak-anak pakcik ini loser?
Mari sama-sama kita fikir-fikirkan..Sifir dan equation setiap manusia tidak sama. Setiap perkahwinan, kehidupan, perjalanan, dan perjuangan setiap lelaki itu unik. Berbeza mengikut takdir yang telah ditentukan. Yang penting, jangan jadi loser.
Rise and shine!
Pandangan aku, pakcik ni awesome, wife dia lagi awesome. Super awesome!
Pengorbanan pakcik dan wife dia adalah untuk generasi dia yang seterusnya supaya tiada anak-anaknya yang terpaksa jadi seperti mereka.