ALIF AHMAD DALAM SENARAI JUGA?

A

“Adik, nama adik dah masuk dalam senarai doa dia!”

Begitulah mesej yang aku terima daripada kakanda aku.

Aku balas mudah,
“Dia tu dah gila kot.”

Doa-doa kecelakaan depan Kaabah ni macam aku dah sebut sebelum-sebelum ni, ia doa style Abu Lahab dan Abu Jahal sahaja.

Bila kau sampai ke Mekah, kau boleh pilih untuk jadi 3 jenis Abu.
1. Abu Bakar – Ini sahabat Nabi SAW yang paling kanan. Orang yang paling mencintai Nabi SAW. Dia dijanjikan syurga, ketika dia hidup lagi. Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk sahabat sejatinya.
2. Abu Talib – Ini bapa saudara Nabi SAW yang menjaga Nabi, melindungi Nabi dan menyokong ajaran Nabi. Tapi tidak terima Islam. Walau bagaimana pum, dia tetap mendoakan kebaikan kepada Nabi SAW.
3. Abu Jahal dan Abu Lahab – Ini orang yang mengenali Nabi SAW sebagai al-Amin, tetapi membenci Nabi, menghina Nabi, dan memfitnah Nabi. Bahkan, mendoakan kehancuran buat Nabi di hadapan Kaabah.

So, korang nak jadi Abu yang mana? Terserahlah..

Orang yang menyebut nama aku dalam doa di sosmed ni dikenali sebagai ahli politik yang kalah hilang deposit, terlibat dengan projek pembodohan masyarakat dengan psuedoscience, pengutip derma untuk saman orang dan penyokong tegar penghina Nabi SAW.

Baru mula-mula aku nak memuji dia sebab sangat rasional tak meletakkan nama aku dalam senarai kelaknatan dia. Rupanya memang benar takdir tuhan melewatkan pujian aku. Apa pun, aku sedikit pun tak takut dan rasa tak kisah. Doa seperti Abu Lahab dan Abu Jahal yang dipohon oleh penyokong tegar penghina Nabi SAW pasti dan pasti tertolak. Bahkan mungkin terkena balik kepada diri sendiri.

Apa pun aku mendoakannya untuk bertaubat, kembali kepada jalan yang lurus dan berhenti berbohong kepada masyarakat tentang perkara yang dia bukan ahlinya. Akhir sekali, semoga dia kembali bersama jemaah Islam yang tidak menghina Nabi SAW.

Sekian. Ini komen aku..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.