Esok hakim mahkamah yang mengadili kes adik Bella didera dan diabaikan akan membaca keputusan penghakimannya.
Mari kita flashback perjalanan kes ini.
Aku dihubungi oleh Kaklong Mona Din untuk membantu dia memberi tekanan untuk kes ini. Aku asalnya tidak berminat pun. Tetapi setelah aku diberikan beberapa video, gambar dan laporan polis. Aku mula masuk ke gelanggang ini.
Aku bermula dengan mengarahkan Uncle Awang daripada SCRUT untuk memberi tekanan. Kemudian aku sendiri melalui Aliff Ahmad III. Aku juga difahamkan Siti Bainun masih tidak dipanggil polis. Dengan tekanan kami, ramai yang mula aware. Saksi-saksi mula hadir menghubungi kami.
Kemudian aku memanggil Muhamad Harris Nasril dari Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, Izrul ZA dan Mahmud Jumaat untuk bersama-sama aku. Dari pasukan kecil ini menjadi besar sehingga 1 Malaysia bersama kami kecuali :
1. Calon MP PPIM
2. Gang antivaksin
3. Penyokong upahan dari Vietnam
4. Doula-doula yang tak layak jadi doktor
5. Peguam Asiah Jalil
6. Pemakan duit Siti Bainun
7. Penghina Nabi SAW
8. Penghina suami.
9. Penghina ayah sendiri dan pak mentua.
10. Peguam dato scam.
11. Peguam yang selalu kena maki dengan hakim
12. Peguam manager syarikat tauke arak.
13. Golongan abnormal kata acik.
Beberapa keajaiban kes ini masih gagal dirungkai sebab musababnya.
1. Mana Siti Bainun dapat duit yang banyak?
2. Kenapa polis tidak reman Siti Bainun sebagaimana pendera lain?
3. Kenapa soal siasat saksi mata dijalankan di rumah Bainun?
4. Kenapa 10 orang peguam sanggup hurung Siti Bainun?
5. NGO Rumah Bonda dan Puak Payung masih tidak pernah buat open audit ke mana duit-duit sumbangan pergi secara terbuka.
Akibat daripada perjuangan ini. Aku telah disiasat polis, disaman komital, terima LOD, dan akhirnya disaman oleh peguam-peguam Siti Bainun. Kecederaan yang aku alami mungkin paling parah di kalangan pejuang kes ini. Tapi takpa, aku mengharapkan doa adik Bella di sana nanti!
Aku percaya segala bukti telah terbentang terang. Apa lagi alasan untuk Siti Bainun tidak disabitkan. Dengan segala drama yang mereka cipta di dalam mahkamah. Yang paling penting, luka dan parut adik Bella itu hanya orang yang buta hati sahaja yang menafikan ia sebuah penderaan dan penganiayaan!
Dalam rekod, masih belum ada pendera yang dihukum dengan penjara yang lama. Yang ada hanya denda kerana terus mengaku salah. Aku harap hakim ini telah nampak dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas Siti Bainun.
Jadi, aku mohon doa korang semua untuk mendoakan hakim ini terang hati dan jiwa untuk menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi adik Bella keadilan yang sewajarkan.
Janga lupa doa tau!
#JusticeForBella