HARTA, DIRI DAN MASA – MANA PILIHAN ANDA?

H

Tuhan kita ini adil. Dunia ini diberikan bukan utopia. Tiada kesempurnaan. Yang kekal bahagia, yang kekal sempurna, dan yang kekal gembira, hanya di syurga Allah.

Betul tak?

Jadi di dunia ini, kita kena sedar yang ia bersifat sementara. Bersifat tidak kekal. Bersifat tidak sempurna. Ada hari hujan, ada hari panas. Ada hari kita happy, ada hari kita stress.

Bukankah dunia ini sementara? Tempat ujian kita semua? Untuk ke dunia yang kekal selama-lamanya?

Maka falsafah asas untuk hidup di dunia yang sementara ini adalah rasa bersyukur, redha, dan kena usaha.

Syukur dengan apa yang ada, redha dengan apa yang kita dapat, usaha untuk dapatkan yang terbaik untuk diri sendiri. Asalkan, tidak melanggar undang-undang tuhan.

Dalam dunia yang bukan utopia ini, sudah pasti banyak cabaran dan dugaan. Walaupun hidup ini singkat, ia tetap ujian buat kita semua. Dan Allah mengatakan ujian untuk kita sesuai dengan kemampuan kita, Allah Taala berfirman,‎

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama ini suatu kesulitan/keberatan.” (Al-Hajj: 78)‎

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.”
(Al-Baqarah: 286)‎

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)

Sudah pasti hidup ini perlukan pengorban. Pepatah Melayu menyebut,
“Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya?”
“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”
“Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

Pepatah English pula menyebutkan,
“No pain, no gain.”
“Make hay while the sunshines.”
“Rome is not build in a day.”

Orang Cina pula dengan pepatah ini,
“大器晚成”
Masa yang lama untuk menempa orang yang memberikan hasil.

“不入虎穴 焉得虎子”
Jika tidak masuk sarang harimau, mana nak dapatanak harimau.

Maka, secara umumnya setiap tamadun bangsa telah faham yang erti hidup ini adalah dengan berkorban. Perjuangan memerlukan pengorbanan.

Begitu juga agama Islam dan umat Islam. Mana mungkin Islam boleh sampai ke Tanah Melayu kalau para sahabat Nabi SAW dan mereka yang meneruskan perjuangan Nabi hanya tinggal di rumah, 8-5, work life balance versi kita, duduk di bawah ketiak bini.

Mana mungkin agama Islam boleh tersebar meluas tanpa pengorbanan diri, masa dan harta orang Islam terdahulu sehingga menjadi sebuah tamadun yang gemilang. Sehingga tamadun Islam menjadi kaya, raya, contoh ikutan dan digeruni lawan. Adakah pejuang pada zaman itu nak keluar rumah kena minta izin bini? Kena tanya mak ayah mentua?

Dalam 124,000* para sahabat Nabi SAW, hanya lebih kurang 10,000* sahaja makam mereka yang berada di sekitar Mekah dan Madinah. Mana yang lain? Di mana kubur mereka? Ke mana mereka telah pergi? Hal ini membuktikan betapa fahamnya mereka dengan maksud hidup.

Wanita-wanita zaman itu juga wanita besi. Tidak cengeng. Mereka pun faham maksud hidup. Mereka tahu lelaki mereka keluar untuk membawa pulang khazanah Allah. Tidak mereka bising pasal kehilangan, pulang bermalam, hari bermalam, nafkah batin. Kerana mereka faham, apa itu nafkah batin yang sebenar.

Wanita-wanita besi inilah yang melahirkan keturunan Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Zubair, Imam as-Shafie, Imam Ahmad dan Imam Malik. Wanita-wanita besi inilah yang memikul tanggungjawab melahirkan para imam, mujahid dan pemimpin. Itulah wanita awesome sebenar.

Mereka telah menjalan tanggungjawab mereka sebagai umat terbaik..

‎كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ ۗ
“Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.”

Mereka faham sebagai umat terbaik, masa, diri dan harta mereka Allah telah beli dengan bayaran syurga

.‎إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(At-taubah : 111)

Kita kena sedar, kalau kita nak berjaya dalam hidup sebenar, mesti perlu berkorban dengan masa, diri dan harta.

Tapi, kalau dah berjaya dalam hidup saja, tetap kena berkorban. Bukan semua orang lahir-lahir macam anak papa Mengah Holding kan? Ada projek jute-jute, bilion-bilion. Pekerja ratus-ratus.

So, nak pendapatan (harta) lebih, masa dan diri perlu dikorbankan. Kerja lebih 8 hours, badan letih, otak penat. Kurang masa dengan family, anak-anak, isteri-isteri.

Kalau nak masa dan diri dekat peluk bini sentiasa dan bersama keluarga, mungkin pendapatan tak boleh lebih. Tak kerja lebih, taknak OT,tak dapat lebih. Nak duduk rumah, kena hire orang lain jaga.

Perkara ini vice versa. Ia win some loose some. Itulah maksud sacrifice. Maksud pengorbanan. Kita hilang masa, kita dapat harta. Kita hilang diri, kita dapat duit. Itu saja. Kita korban masa, kita dapat harta.

Kau nak dapat laki awesome. Singa jantan. Dominan, alpha. Takkn kau expect dia duduk rumah duduk bersempuh, join kau bergosip pasal artis? Tapi aku tak nafikan memang ada perempuan suka laki loser, tak kerja pun takpa, asal duduk rumah jaga anak jadi toyboy dia. Pun ok. Asal ada acceptance. Tapi jangan preach la. Ia abnormal!

Dulu aku ada seorang kawan. Dia cinta mati dengan awek dia, kemudian berkahwin. Dia ingat bini dia boleh faham dia dan sama-sama sacrifice hidup susah sebagai student di luar negara. Diorang ni kahwin dalam keadaan tak berapa sedia. Hanya cinta. Yang laki pun takda effort extra nak sustain hidup berdua.

Selepas beberapa bulan. Mereka bercerai. Walhal dia bukan kerja kuat. Selalu je ada rumah juga. Maksudnya masa bersama banyaklah. Tapi duit tak banyaklah kot sebab si laki ni tak rajin sangat kerja. Setelah diorang bercerai, aku tanya dia. Dia jawab,

“Cinta dan masa tak boleh bagi perut yang lapar kenyang.”

Aku percaya, kebanyakan pergaduhan dalam rumah tangga berpunca daripada masalah kewangan. Kemudian barulah masalah agama dan masalah jiwa. Itu sebab aku sangat encourage lelaki mesti jadi lelaki. Lelaki kena jadi bread winner. Selagi belum jadi bread winner. Kau tak awesome. Jangan demand lebih-lebih dekat isteri.

Sebagai orang lelaki, korang kena work hard! Strive! Hustle! Struggle! Kalau isteri korang tak faham. Lepaskan jela mereka. Mungkin dia tak suka laki jenis ni. Korang pun mungkin dapat yang lebih baik dan lebih faham korang nanti.

Ingat, WIN SOME LOOSE SOME! Apa jadi pun, kita tetap ada tuhan. Dunia ini hanyalah pinjaman yang sementara. Termasuklah pasangan dan anak-anak kita.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.