Dulu aku ada tulis 1 puisi ketika perjuangan #JusticeForBella bermula. Nama puisi tersebut adalah PARUT JIWA..
Kenapa parut jiwa? Sebab parut yang ada di tubuh adik Bella yang menyebabkan aku bangkit melawan. Manakala jiwa pula adalah kerana aku percaya jiwa adik Bella mesti hancur berkecai setelah didera dengan begitu dahsyat.
Kemudian, ada seorang komposer terkenal mesej aku. Dia nak lagukan puisi aku. Aku kata ok jela. Sekali dia buat betul-betul, siap dengan music video lagi. Lepas dengar dia rap dan lirik yang diubah sedikit, aku rasa masih mencapai maksud puisi aku.
Siapa nak layan, boleh layan. Siapa tak minat, boleh pergi beraya. Jangan buang masa. Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda. Yeeha!Oh ya, ini puisi aku..
PARUT JIWA
Tubuhnya luka dipenuhi nanah,
penuh parut yang tidak dikisah,
seakan air didih disimbah dicurah,
pasti jiwa nuraninya remuk, retak, bersepai pecah.
Dia tidak pilih untuk disiksa,
tidak juga diminta lahir ke dunia,
siapa dia bukan urusan utama,
itu lantera amanah kita bersama.
Langkah kakinya mencari harapan,
mendamba sinar cahaya kehidupan,
jari jemarinya cuba menggapai impian,
sungguh malang disahut tangan syaitan.
Ya, syaitan buntal berkedok insan tulus,
bukan tulus mulus, tapi tulus kerna fulus,
berjalan megah bongkak sang politikus,
walau tubuhnya gempal tapi jiwa menikus.
Air mata darah mengalir kering,
bagai pohon tiada daun dan ranting,
berdiri gagah tanpa pendamping,
hanya doa yang sentiasa diiring.
Mungkin di sini dia menangis,
jeritan tanpa suara penuh sadis,
tidak diadili penguasa berotak najis,
dia terbang ke syurga, mampus kau mati tragis.