“ALEP, KAK ZUE NAK BELANJA KAU!”

Tiba-tiba Kak Zue call cakap nak payung makan tomahawk. Aku ni dah tak makan sangat daging. Tapi takpalah. Demi melayan peminat, aku gagahkan diri. Bukan senang retis nak datang payung aku.

Aku book untuk 6 orang termasuk boss aku Nik Izwan Kamel. Tapi boss aku kena balik awal. Bini panggil balik ditambah hidung dia yang barai sebab terbau beg kepam. Punya kepam sampai meleleh hingus hijau.

Bila sampai, aku terlihat ada 2 orang remaja. Yang macam Rani Mukherji atau Beyonce tu ialah adik Yasmin. Yang jadi saksi untuk kes adik Bella tu. Saksi yang membuka segala cerita di dalam rumah Siti Bainun. Baby itu anak Yasmin yang dalam kandungan ketika dia berjuang untuk adik Bella.

Yang lagi seorang tu ialah Aida. Balqis takda. Masih bawah umur. Nama yang disebut-sebut sebagai saksi di dalam rumah Siti Bainun. So, aku telah mendengar sendiri cerita first hand daripada mereka sendiri. Bukan 3rd party ya!

Aku bukan macam peguam Siti Bainun yang tarik diri tu. Kesemua cerita dia dengar adalah daripada Siti Bainun. Bainun pula reka cerita kononnya Yasmin, Aida dan Balqis yang cerita. Cerita itu tidak disahkan oleh pemilik nama-nama tersebut.

Aku tanya Aida, betul ke Aida dah dipanggil untuk “ditemuramah” oleh peguam Siti Bainun iaitu Elena dan Tun Laila (chambee). Dia jawab benar. Aku tanya, apa yang Aida cerita. Aida pun ceritalah A-to-Z.

Padanlah pihak pembelaan tidak mahu panggil Aida dan Balqis jadi saksi mereka. Kerana cerita Aida dan Balqis sama dengan cerita Yasmin dan Bella! Patutlah hakim ada sebut mereka telah tawarkan Aida dan Balqis kepada pihak pembelaan, mereka yang menolak.

Yelah, kalau ambil pasti backfire kepada pihak mereka!Ada beberapa peristiwa yang Aida dan Yasmin cerita kepada aku tentang adik Bell didera. Sedih aku dengar. Aku percaya mereka yang seboleh-boleh nak menyokong pendera ini ialah syaitan kepam yang jenis tidak mandi macam hamster!

Apa pun, thanks Mommy Zue! Walaupun Mommy takda diploma kulinari, tapi Mommy pandai masak telur tak hangus tau. Mommy is awesome. Mommy tak masuk penjara! Mommy boss besar subsidiary Bank Negara tau! Bukan gang cuci duit!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.