Lihat gambar tangan adik Bella ini. Buka mata seluas-luasnya. Buka mata hati korang. Adakah ini kecederaan yang biasa-biasa? Adakah parut sebegini macam telur hangus yang masih boleh dipuji dan dimakan oleh majoriti manusia di dunia.
Ya, memang benar ada yang manusia yang masih sanggup puji masakan telur hangus sebagai hebat. Itu sebab dia nak menjilat dan mengampu.
Hakikatnya? Ia telur hangus. Pengampu dan penjilat ini ada kepentingan. Dia cari makan dengan menjilat dan mengampu penyamun.
Kerja mudah. Itu sebab sanggup buat kerja lebih di luar waktu pejabat sebagai penjilat di media sosial. Walaupun nampak bodoh.
Mungkin benar kata seorang pakcik. Yang anaknya tak normal. Yang follow dia pun tak normal. Yang jilat dia lagi apa entah.
Inilah masalah apabila duit telah menutup mata dan hati manusia, hangus pun dia kata ok. Itu sebab diorang ini tak sedih tengok luka dan parut adik Bella.
Sedangkan 3 orang pakar telah mengesahkan adik Bella ada parut baru dan lama. Parut atas parut dan yang paling menyayat hati, dia tidak dibawa ke hospital untuk dirawat!
Ketika di dalam mahkamah, DPP tanya Siti Bainun,
“Setuju atau tidak kecederaan/luka Bella sangat serius yang patut dibawa ke hospital untuk dirawat?”
Siti Bainun jawab,
“TIDAK SETUJU!”
Masa tu aku rasa dia ni memang natural evil yang sadis. Padanlah dia rasa biasa je tengok adik Bella barai macam tu. Member aku kat sebelah dah melalak nangis dah waktu tu.
Korang semua kena tahu Siti Bainun hanya belikan ubat daripada farmasi. Siti Bainun bukan doktor, bukan juga farmasis. Dia bagi alasan tengah covid.
Walhal, saksi-saksi jiran Siti Bainun di condo Iramawangsa telah menjumpai Bella yang meminta air pun menceritakan terlihat sudah penuh parut di leher dan bahunya.
Korang tengok sekali lagi parut-parut adik Bella ini. Adakah ia parut biasa-biasa yang tidak meninggalkan kesan trauma kepada fizikal dan emosi adik Bella?
Masih ada lagi orang di luar sana nak menafikan kebenaran yang adik Bella memang didera dan diabaikan Siti Bainun. Takpalah.
Korang jawab sendiri, setuju atau tidak luka-luka dan parut di tubuh adik Bella ini serius?