KASIHAN SITI BAINUN..

K

Berhabis dekat peguam-peguam yang ramai. Kemudian ditinggalkan beramai-ramai. Terkontang kanting dia jalan bersendirian tanpa teman.

Berhabis dekat gang Vietnam – PPIM dan antivax. Kemudian ditinggalkan keseorangan semasa hari dia digari dan dihumban ke penjara. Pejuang ummah pun tak datang.

Berhabis dekat cybertrooper penghina Nabi SAW. Siap masakkan telur hangus versi diploma kulinari. Tetapi dia nak tampar pula Siti Bainun setelah kalah teruk.

Berhabis dekat ungka berbini cipanzi. Tapi si ungka tu pun taknak kahwin dengan Siti Bainun. Aku harap dia sangguplah ambil Siti Bainun sebagai isteri yang sah. Kan Siti Bainun orang baik-baik. Boleh tolong jaga anak-anak diorang kan?

Kasihan Siti Bainun..Semoga Siti Bainun benar-benar insaf dan kesal sebagaimana peguamnya Latok Farhan Maaruf nyatakan di dalam mahkamah ketika membuat rayuan setelah Siti Bainun didapati bersalah mendera dan mengabai adik Bella.

Katanya lebih kurang begini,
“Anak guam kami telah rasa bersalah, menyesal dan insaf..”

Aku tergelak je. Kelihatan ketika itu Siti Bainun menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin belum benar-benar kesal seperti yang ditanyakan peguamnya.

Mohon jangan ikut ajaran cybertrooper Siti Bainun yang suruh tampar Siti Bainun. Kita sama-sama doakan Siti Bainun. Kita bukan pengganas macam mereka. Anak OKU nak dera, orang berbadan besar pun dia nak lempang.Haih..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.