Betul tak?
Player tak pernah kata diorang tak dibayar gaji. Zamsaham dah kasitau, dia menggunakan performance based management system yang mungkin dipelajari di Oxford dengan TRW FC dan tiada seorang player pun yang menentang.
Zamsaham seorang jutawan. Dia juga pandai main saham sebab dia sifu saham. Hari-hari dia trading saham insyaAllah rugi kurang, untung banyak. Jadi mustahil dia tak mampu bayar gaji player dan pengurusan.
Betul tak?
Lagipun, dia kan nak bawa Kelantan FC ke IPO. Value pasukan pun katanya dah hampir cecah 50 juta, cukup lagi 5 tahun mungkin value dia jadi 1 bilion. Kan?
Justeru aku menyeru anak-anak Kelantan terus menerus menyokong pasukat Kelantan demi kejayae sek-sek kito. Ingat tuan-tuan sekalian,
“Yang buruk itu daripada korang, yang baik itu dari Zamsaham. Masa Kelantan FC tengah sakit, siapa yang datang selamatkan? Ingat jasa dia..”
Jangan lupa, kalau nak cari hotel, pergi Hotel Zamburger yang makin bertambah tu. Dengar cerita dah start profit. Tahun lepas dia dah tunjuk projection. Ini tahun mesti meletop!
Yang penting, no romen-romen! Kalau nak tuduh yang Zamsaham ni ada buat scam, korang kena buktikan. Aku cabar korang buktikan secara terbuka dengan laporan polis, laporan ke SC dan kalau boleh SD cerita bagaimana korang kena scam pelaburan.
Itu pun kalau betul dakwaan korang. Kalau korang takut juga, mungkin disaman macam Kak Nita Sahari. Korang report dekat PW la kot. Tapi kan, kalau kita di atas kebenaran, nak takut apa? Lawanlah!
Yang konon pernah JV tapi ada masalah. Kenapa cakap belakang? Aunty aku, Puan Salwa Inayu Global Sdn. Bhd. (Search Iwa Wawa) pun aku dengar tengah ada dispute dengan Zamsaham. Tapi aku dengar dia steady. Dia bawa Aunty aku jalan-jalan naik private jet tau! Tengah lawan dengan peguam bagai. Aku tunggu je diorang buat press release.
Korang pernah naik private jet?
K lah. Apa yang aku nak sampaikan adalah, kalau cari hotel, jangan cari hotel yang yes romen-romen. Kau cari yang no romen-romen tau!
Gomo Kelate gomo! Sek sek kito jange pecoh!