SEBAB GANG KITA, PAKAT SENYAP JE!

S

Dr. Rozaimi telah menyatakan dengan tegas, kenyataan Bin Hashem ialah al-Mahdi adalah khurafat. Jelas, nyata dan terang! Menunjukkan pengingkaran yang jelas daripada beliau.

Bahkan Dr. Rozaimi juga mengingatkan ustaz-ustaz kena tegur. Jangan diam. Diam seorang ustaz itu juga menunjukkan dia bersama-sama dengan khurafat tersebut.

Dan telah menjadi masalah mana-mana tokoh agama, lebai, atau agamawan akan lemau apabila funder dia, sahabat dia, tuan dia buat masalah, mereka akan diam menyepi bagai angin lalu ibarat agama ditunggang, dalil dipijak demi menjaga persahabatan asabiyah.

Bahkan aku pernah memberitahu ramai agamawan, tokoh agama, dan lebai-lebai, apabila mereka tiada kerja tetap, gaji tetap, masalah akan mula timbul. Mereka akan lapar mengejar laba dunia.

Dari situlah agama akan dijual, diperdagangkan dan ditunggang demi kemaslahatan poket dan kehidupan mewahnya atas nama dakwah. Dalil-dalil akan ditundukkan untuk kepentingan dirinya. Justifikasi sampah akan dikeluarkan tanpa apa-apa bukti.

Pentaasub akan kekal taasub. Penjilat akan kekal menjilat. Mereka telah dicandu dengan kefasihan dan kepetahan kaum itu berdalil. Mereka terus lupa yang Allah telah mengisyaratkan di dalam Quran bahawa orang ‘alim ini boleh jadi sebagai anjing yang menjelirkan lidah untuk kepentingannya.

Itu sebab dalam #MindaSkeptikal, point no satu aku adalah terhadap golongan ini. Masyarakat akan dibodohkan dengan ketaasuban terhadap kaum ini. Dari dulu sampai sekarang, hal ini akan terus berlaku.

Jika tidak, mana mungkin Abdullah bin Ubay, Abdullah bin Muljam, Musailamah al-Kazzab, dan Aminah Wadood pun ada pengikut juga.. Kan?

Islam itu agama yang adil. Tidak mengajak umatnya menyembah lebai, tidak mendidik pengikutnya taasub tokoh, dan sentiasa berlaku adil dan wasatiyah dalam segala hal. Bahkan, agama yang suci ini membenci amalan asabiyah jahiliyah.

Mungkin macai akan kata,
“Ah, kau ni Alep, kau mana ada PhD hadis. Kau hafal berapa banyak hadis? Hafal Quran tak? Kau mana tau dia dah tegur?”

Ini semua jawapan pentaasub dan penyembah lebai. Percayalah, korang akan lihat sedikit demi sedikit kehancurannya..

😉

https://www.facebook.com/watch/?v=596173295670206

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.