RINGKASKAN KHUTBAH!

R

Minggu lalu aku tersangkut dekat sebuah masjid, aku ada meeting jam 3pm, sehingga jam 2.15pm khutbah masih tak habis. Tukang khutbah ialah lebai arab yang melalut bagi kuliah di mimbar khutbah.

Teringat aku Imam Muslim telah meriwayatka sebuah hadis,
عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ: قَالَ أَبُو وَائِلٍ: خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ: إِنِّي سَمِعْتُ رَسُـولَ اللهِ J يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلاَةِ الرَّجُلِ وَقِصَـرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلاَةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ لَسِحْرًا.
“Dari Washil bin Hayyan, dia berkata, Abu Wa’il berkata, ‘Ammar pernah memberi khutbah kepada kami dengan singkat dan padat isinya. Dan ketika turun, kami katakan kepadanya,

“Wahai Abu Yaqzhan, sesungguhnya engkau telah menyampaikan dan menyingkat khutbah, kalau sahaja engkau memanjangkannya.”

Maka dia menjawab, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,
“Sesungguhnya panjangnya solat seseorang dan pendek khutbahnya menjadi ciri pemahaman yang baik dalam agama. Oleh kerana itu, panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah, dan sesungguhnya di antara bahagian dari penjelasan itu mengandung daya tarik.”
[HR. Muslim no. 869]

Di dalam riwayat Imam Ahmad menyatakan,
“….Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah melarang kami untuk memanjangkan khutbah.”
[HR. Ahmad no. 18410].

An-Nawawi رحمه الله‎‎ mengatakan,
“Yang dimaksud dengan hadis di atas adalah bahawa solat yang lebih dipanjangkan daripada khutbah, namun bukanlah panjang yang dapat menyusahkan para makmum.”
[Syarah Muslim Kitab al-Jumu’ah, bab Takhfiifish Shalaah wal Khutbah].

Imam Nawawi ialah syaikhul mazhab as-syafie tau!
Hari Jumaat bukan hari beristirehat buat orang mu’min, mungkin hari cuti bagi lebai arab yang datang sini melancong.

Setiap hadirin ada keperluan dan urusan masing-masing. Inilah mungkin terjadi fitnah terhadap kaum muslimin dengan boss mereka yang bukan muslim.

Semoga seluruh pengurusan masjid cakna dengan isu ini.

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.