PENDIRIAN POLITIK

P

Untuk PRN kali ini. Aku macam biasa. Aku kekal dengan prinsip tembak keliling dan makan keliling kecuali lawan Rafizi.

Lawan Rafizi boleh lillahi taala. Ehem, isu gaji dan Invoke nak jawab tu tak jawab pun lagi kan? Lawan Rafizi je free of charge dan yang lain boleh bincang. Harga nak SCRUT calon macam biasa, RM18k/calon + SST. Apa dapatan yang keluar kenalah redha.

Pengalaman aku selain menganalisis data, aku juga berpengalaman luas untuk melawan lebai PAS, lebai dayus, lebai tunggang, dan lebai tonggeng. Jadi, boleh hire aku untuk jadi pengarah naratif untuk melawan lebai.

Almaklumlah, aku ini dibesarkan di dalam tanzim haraki, usrah ana enta. Segala kitab-kitab dan tokoh-tokoh mereka, aku pernah menelaah dan “beriman” sebelum ini sehinggalah aku dikafirkan kerana keluar bersama jemaah tabligh selama 40 hari.

Naratif melawan Umno/BN atau Bersatu/PN tidaklah susah. Mereka dari rahim yang sama. Perangai dan isi mereka sama sahaja. Kelemahan mereka sama sahaja.

DAP pula kekal tiada beza. Perlembagaan mereka dan deklarasi Setapak masih tidak diubah dan dibatalkan. Kes banglo, terowong dan pengalaman DAP 22 bulan takkan dah lupa kot?

Pendirian politik aku simple. Siapa boleh bagi aku manfaat aku sokong. Siapa boleh bagi rakyat manfaat yang lebih besar, aku sokong. Siapa boleh tolong aku merealisasi visi kenegaraan aku, aku sokong.

Yang pasti korang jangan undi Rina Harun kalau dia masuk bertanding. Kalau ada calon PSM, undi mereka. Kalau takda, jangan undi MUDA. Diantara PN, BN dan PH, korang nilailah calon bukan parti.

Nanti kalau aku buka parti aku sendiri, korang wajib undi parti aku!

Kah kah kah!

😜

#NonPartisan
#JanganJadiTaikPolitik

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.