LEBAI PAS TUNGGANG AGAMA?

L

Ada lebai PAS gunakan hujah al-Qaswa’ untuk justify pembelian kereta mewah. Jom semak hujah lebai itu.

“Menurut Mohd Amar lagi, Rasulullah sendiri menggunakan unta yang hebat semasa menjadi pemimpin dulu, dikenali sebagai al-Qaswa’.”

Al-Qaswa’ adalah unta Nabi SAW yang disayangi oleh Nabi. Unta yang Nabi guna untuk hijrah, pemilihan tapak Masjid Nabi, dan ketika haji wada’.

Daripada Aisyah RA:
فَخُذْ بِأَبِي أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَى رَاحِلَتَيَّ هَاتَيْنِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بِالثَّمَنِ. قَالَتْ: فَجَهَّزْنَاهُمَا أَحَثَّ الجِهَازِ
“Ambillah dengan nama ayahmu wahai Rasulullah SAW salah satu daripada dua tunggangan (unta) ini. Maka Nabi SAW bersabda: Dengan harga.”
(HR Bukhari)

Muhammad bin Ibrahim al-Taymi, katanya:‎
كَانَتِ القَصْوَاء مِن نَعَم بنى الحَرِيس ابتاعها أَبُو بُكر وَأُخْرَى مَعَهَا بِثَمَانِمِائَةِ دِرْهَم، فَأَخَذَهَا رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ، مِنْهُ بِأَرْبَعَمِائَةِ دِرْهَم، فَكَانَتْ عِندَهُ حَتَّى نَفَقَتْ، وَهِىَ الَّتِى هَاجَرَ عَلَيْهَا: وَكَانَت حِينَ قَدِمَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ الْمَدِينَة رُبَاعِية وَكَانَ اسمُهَا القَصْوَاء، وَالجدْعَاء، وَالعَضْبَاء
Al-Qaswa’ adalah daripada Bani Al-Haris yang dibeli oleh Abu Bakar dan seekor lagi unta bersamanya dengan harga lapan ratus dirham. Kemudian Rasulullah SAW membelinya daripada Abu Bakar dengan harga empat ratus dirham. Al-Qaswa’ bersama dengan Nabi SAW habis umurnya. Dialah unta yang ditunggangi Nabi SAW ketika hijrah. Ketika baginda SAW tiba di Madinah, unta ini merupakan tunggangan yang terbaik. dan namanya Al-Qaswa, Al-Jada`, dan Al-Adba’.
(Tabaqat al-Kubra Ibn Sa’ad)

Apa yang aku nak sampaikan adalah kisah unta Nabi SAW al-Qaswa’ telah “ditunggang” oleh segelintir lebai PAS yang menggunakan dana awam bagi membeli Mercedes untuk keselesaan diri sendiri. Walhal, al-Qaswa’ ini dibeli oleh Nabi SAW di atas kapasiti peribadi sebelum hijrah lagi.

Sepatutnya lebai-lebai PAS ini belilah Mercedes sebelum dapat kuasa, pakai duit sendiri, usaha sendiri, bukan balun daripada dana awam. Paling penting, jangan manipulasi sirah Nabi SAW untuk justify perbuatan diri sendiri yang rakus.

Di saat masih ada lagi rakyat yang tidak punya kenderaan. Tapi mereka boleh bermewahan membeli kereta yang kononnya level al-Qaswa’ kerana hujah Nabi SAW pakai. Walhal Nabi SAW telah beli sebelum terbentuknya kerajaan Islam sampai akhir hayat Nabi!

Sila pakai dalil lain! Qiyas yang sangat mungkar! Nabi SAW beli sendiri, tak pakai duit kerajaan

Takbir!

Walaun sekalian, tolong jawab ini pula. Yang ini aku memang nak dengar komen korang. Mari sini!

ps : Yang tadi tu aku tanya sebab macam pelik tapi tak pelik. Sebab Saudi memang benci IM pada dasarnya.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.