Tak pelik.
Aku pernah dikafirkan dan dimunafikkan oleh walaun bawahan dan level asatizah sebab khuruj ikut JT 40 hari.
Beberapa ustaz PAS juga pernah secara terang mengkafirkan dan memunafikkan JT dalam ceramah-ceramah di masjid.
Antaranya Ustaz Shahril Long. Ini yang paling aku ingat kerana jemaah kami dalam masjid tu tengah khuruj, slumber dia kata JT kafir sebab taknak pergi pangkah.
Jadi, perangai maki hamun daripada walaun. Memfitnah, taknak dengar penjelasan dan gagal faham ni, aku tak pernah pelik. Demikian lah mereka. Kalau mengkafirkan pun diorang boleh buat.
Apalah sangat nak bermusuh dengan ahli kiblat yang mereka rasa tidak menyokong mereka. Itulah DNA mereka. Itu sebab dipanggil walaun. Melambangkan sifat dan sikap yang ghuluw (extreme).
Jangan risau dan jangan takut tak undi PN/PAS, korang takkan masuk syurga kalau undi mereka. Kalau tak undi mereka pun, takkan masuk neraka.
Begitu juga kalau tak undi PH/BN, korang takkan jadi kaya kalau undi PH/BN. Korang juga takkan jadi miskin unless korang ada setting project dengan menteri PH/BN.